Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Norman Hakim & Abby Abadi Hantar Anak Ke Sekolah Yang Sama, Kongsi Keterujaan Hari Pertama

Awhhh

Published

on

Pelakon dan pengacara kacak berbadan sasa, yang juga ayah kepada enam orang anak, Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim, sering menjadi perhatian warganet dan para pengikutnya.

Mana tidaknya, beliau yang kini sudah mencecah usia 45 tahun seperti tidak dimamah usia.

Terbaharu, pelakon itu berkongsi video menghantar anaknya masuk ke sekolah pada hari pertama di laman Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786)

Video yang di muat naik itu ditulis dengan kapsyen ;

“Hari Pertama untuk @mikayladelishahakim jugak di @cic_malaysia

Kayla pun excited sgt sbb abg2 dia @awishzarisz sekolah kat sini plus @daiyandayana pun sekolah sama2 so skrg hari2 dah boleh jumpa🤗”

Malah bekas isteri Norman, Abby Abadi juga dilihat menghantar anaknya ke sekolah yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112)

@abby_abadi112 Alhamdullillah. Baik2 saja @daiyandayana tadi.. Dayana seperti yg dijangka, Daiyan sikit je nangisnya tadi. Rasa2 lepas tinggal tadi ok dah kot hehe.. (balik nnti baru tau cerita, kena tanya Teacher hihi 😅)

Syukur sangat2 harini, anak2 ni selamat masuk sekolah.. bukan paksaan utk mereka start belajar awal ye.. Tapi lebih kepada nakkan suasana bercampur dgn kawan2, buleh mula ikut peraturan, buleh belajar dengar arahan.. kira sekolah seronok2 je utk anak2 baya Daiyan Dayana ni. Proses utk lebih berdikari hehe.. 😍

Doakan yg baik2 utk kita semua ye. @cic_malaysia antara pilihan terbaik utk Didik anak2 dengan ISLAM. InshaALLAH, semoga anak2 ini berjaya dunia akhirat.. aminnn 😇”

Kata Abby, tiada paksaan untuk menghantar anak mereka ke sekolah, akan tetapi lebih kepada mahu anak mereka terdedah dengan rutin baharu supaya tidak terlalu kekok di kemudian hari.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji Dayana yang dilihat santai berbanding adiknya Daiyan.

Alahai comel lah mereka ni.

Selamat kembali ke sekolah, belajar rajin-rajin ye adik-adik!

 

Sumber : Instagram Norman Hakim & Abby Abadi

 

Baca artikel sebelum ini : Dikatakan ‘Jual Bayi’, Abby Abadi Jawab Tuduhan Yang Dilemparkan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest