Connect with us
Hot FM

Selebriti

Masih Kena Reject, Air Mata Jantan Diva AA Jatuh Bila Cakap Tentang Ziana Zain

Penat gelak tengok TV semalam!

Published

on

Pecah perut betul tengok program Lagu Cinta Kita musim kedua pada 29 November lepas bila Azwan Ali sekali lagi memunculkan diri sebagai pengacara untuk minggu ketiga.

Lebih meriah lagi apabila Azwan Ali ditemukan bersama cinta lamanya iaitu Ziana Zain yang juga merupakan sahabat baiknya.

Ada satu potongan video pendek dikongsikan oleh netizen menunjukkan Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menitikkan air mata sewaktu menceritakan tentang kisah persahabatannya bersama dengan Ziana.

”Saya menghormati Ziana sebagai seorang kawan lama, saya minta maaf pada Pak Zain(ayah Ziana Zain) lama dah tak jumpa.”

”Walaupun orang gosipkan saya dengan dia tapi relationship kami tetap sahabat. Takde siapa boleh marah DikNon(Azwan Ali), saya seorang je boleh.”


Pasa yang tidak tahu, sekitar tahun 1990-an, Diva AA dan Ziana Zain pernah digosipkan menjalin cinta tetapi hakikatnya cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.

Kini, mereka berdua sudah bergelar sahabat baik yang saling menasihati satu sama lain.

Lebih menghiburkan, ada satu scene Diva AA ‘tercyduk’ sehingga dia sendiri tergelak besar!

Diva AA sempat bertanya kepada Ziana, mengapa cintanya ditolak pada satu masa dahulu dan jawapan padu oleh Ziana telah membuatkan penonton geli hati.

“Jangan marah ya, ini jangan marah. Not my tasteeee

”Abang Azwan, yang penting jawapan tetap sama daripada dulu tetap sama! Maintain”

Respon Ziana turut membuatkan Diva AA malu-malu kucing sebelum sempat bergurau dengan Elly Mazlein untuk menyiram air ke atas kepalanya.

Nampaknya Diva AA dah boleh kawal emosi ya, comel pula tengok mereka berdua ni bergurau.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest