Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Penampakan ‘Baby Bump’ Di Perut Ain Edruce, Netizen Teruja Tunggu Jawapan Empunya Badan

Awhhhh!

Published

on

Pelakon dan pengacara yang semakin meningkat naik, Ain Edruce baru-baru ini memuat naik video TikTok di Instagramnya, sedang menari di dapur bersama suami, Amirul Hafiz dan secara tidak sengaja, ternampak ‘baby bump’ nya.

View this post on Instagram

Abang jagoh saya ni asek masak je utk saya.. ❤️ you @amirul_hafizz . Yang problem nya laki kat baju mirul tu x nak senyum.. jeles lah tu 🙄 @hafizh_syahrin .

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

Pantas ditangkap oleh netizen, Ain didakwa hamil oleh segelintir pengikutnya di Instagram.

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengikutnya membanjiri ruangan komen video itu dengan kata-kata “baby bump”.

Menjawab kepada persoalan warganet yang dipetik dari laporan Berita Harian, pengacara program Immortal Songs itu enggan mengesahkan sama ada dia hamil atau pun tidak.

“Saya taknak komen apa-apa lagi. Namun, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudah mendoakan baik- baik buat saya dan suami.”

Mahu fokus pada kerjaya, Ain berkata sampai masanya dia akan berkongsi kepada umum.

“Sampai masanya, saya akan berkongsi. Sekarang fokus saya masih lagi pada kerja. Alhamdulillah, rezeki saya makin bertambah selepas berumah tangga,” 

Apabila ditanya mengenai keinginan mempunyai anak, Ain berkata, semua pasangan yang berkahwin pasti selalu berdoa mahu dikurnia cahaya mata. Begitu juga, dia dan suami turut mengimpikan memiliki anak.

Ain yang juga aktif di Tiktok dengan video-video tarian, sedikit sebanyak terpalit dengan kecaman daripada segelintir netizen, namun Ain mengambil sikap tidak mahu mengambil tahu dengan komen-komen berbaur negatif.

“Saya selesa hanya dikelilingi aura positif. Jadi, benda-benda yang negatif seperti komen ditulis dengan bahasa kurang manis, memang saya tak layan. Saya tak mahu rasa tertekan.”

Tidak mahu fikirannya terganggu dengan kecaman dari netizen, Ain lebih memilih untuk membiarkan dari melayan komen-komen mereka.

“Siapa tak sedih apabila membaca komen-komen yang kesat. Jadi, tidak mahu fikiran saya terganggu dan sakit hati, maka abaikan saja. Biarkanlah mereka dengan komen-komen itu,” katanya.

Menurut Ain, dalam situasi sekarang ini lebih wajar untuknya menjaga kesihatan diri berikutan penularan pandemik Covid-19, daripada memikirkan perkara yang tidak penting.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest