Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Pendandan Rambut Pecah Rahsia, Intan Ladyana & Harris Alif Langsung Perkahwinan 2021

Tahniah!!

Published

on

Jika sebelum ini, pelakon filem Jangan Pandang Belakang, Intan Ladyana begitu berhati-hati menyimpan rahsia dengan mengatakan beliau akan berkongsi andai sudah tiba jodohnya, semalam seorang pemuda telah tampil memuat naik satu foto menunjukkan khabar berkenaan semakin benar.

Pemuda bernama Aqmal Adly yang menggalas tanggungjawab sebagai pendandan rambut raja sehari terkemuka di Malaysia telah memuat naik gambar tersebut di laman Instagram miliknya.

Sebelum ini terdapat dakwaan yang mengatakan pelakon jelita itu merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada Mac 2021.

Namun, menurut portal Berita Harian, Intan menjelaskan beliau lebih selesa jika kisah peribadinya tidak menjadi perhatian umum.

Mengulas mengenai hubungan cintanya dengan lelaki yang lebih muda, Intan berkata ia tidak menjadi masalah kerana Harris seorang lelaki yang matang berbanding usianya.

“Harris tak macam lelaki seusianya yang lain. Ada sesetengah perkara dia lebih matang daripada saya, tapi terlalu awal untuk saya menceritakan tentang ini kerana kami baru menjalinkan hubungan.”

Kisah percintaan Intan menjadi perhatian selepas Harris terbuka berkongsi mengenainya.

Harris yang juga juara pertandingan sebuah program realiti televisyen buat kali pertama berkongsi gambar berdua menerusi laman Instagram pada 6 Mei lalu.

Apa-apa pun tahniah buat kedua pasangan sweet ni! Tak sabar nak tengok mereka di atas pelamin..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest