Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Penyebar Video Lucah Sudah Dikenal Pasti, Pengurusan Hun Haqeem Ambil Tindakan

“Kebijaksanaan adalah anugerah, Jangan sekali-kali menyebar fitnah!”

Published

on

Kontroversi mengenai penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan seorang pelakon yang semakin meningkat naik menerusi drama Kampung People, Hun Haqeem ataupun Jekfer sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasinya.

Tampil memberi penjelasan mengenai video lucah yang tersebar semenjak 3 hari lepas, Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) David Teo, selaku pihak pengurusan Hun membuat keputusan untuk mengambil tindakan terhadap si penyebar.

Dalam video penjelasan itu, David turut memberitahu, pihaknya memandang serius terhadap perkara ini dan sudah berunding dengan peguam mereka, mengenal pasti si penyebar video lucah itu.

“Banyak artikel, video dan foto yang telah disebarkan di platform media sosial seperti Twitter, Youtube dan lain-lain. Dengan ini saya telah berunding dengan pihak peguam kami, bahawa kita telah mengenal pasti penyebar video dan berita palsu”

David turut memberi amaran kepada individu terlibat dengan penyebaran itu untuk take down posting berkaitan atau mereka bakal berdepan tindakan undang-undang.

“Saya harap sesiapa yang telah menyebar video, foto dan artikel, sila turunkan atau padam sebelum tindakan undang-undang diambil,” katanya menerusi laman Youtube rasmi MIG”

“Saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada semua yang terlibat, semua bukti juga sudah direkod”

Anak seni, netizen selar kenyataan David Teo ...'tak mahu merempat macam P Ramlee' | Astro Awani

Sebelum mengakhiri video penjelasan yang dimuat naik di Youtube Metrowealth itu, David sempat memberikan pantun berpesan supaya netizen menggunakan kebijaksaan yang dianugerahkan dan tidak menyebar fitnah.

“Hari ini sangat cerah,
Duduk di rumah tiada arah,
Kebijaksanaan adalah anugerah,
Jangan sekali-kali menyebar fitnah!”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest