Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

‘Perang Dingin’ Dengan Founder Produk, Uqasha Rendahkan Ego Mohon Maaf Tak Mahu Isu Panjang

Takmau gaduh-gaduh ya…

Published

on

Kecoh sebentar malam 2 November apabila pelakon cantik manis, Uqasha Senrose dikatakan berperang dingin bersama dengan pengasas sebuah syarikat kecantikan.

Uqasha dikatakan telah dikecam teruk oleh beberapa agent produk kecantikan berkenaan disebabkan terdapat salah faham yang berlaku antara mereka.

Agent berkenaan dikatakan telah overclaim kononnya Uqasha menggunakan produk mereka ketika berlakon di dalam sebuah drama tempatan baru-baru ini.

No, I tak pakai lipctick tu. Sorry wrong info, I’m using all my own lipstick.

Dimaklumkan, syarikat tersebut telah menaja drama berkenaan dan disebabkan itu produk mereka sering muncul di kaca televisyen.

Namun, Uqasha dikatakan mula naik berang apabila ada agent yang tidak bertanggungjawab menggunakan namanya bagi melariskan jualan mereka walaupun hakikatnya tidak sama sekali.

Dalam masa yang sama, pengasas produk tersebut memaklumkan bahawa mereka telah menaja produk lipstick itu untuk digunakan oleh makeup artis, tetapi Uqasha menyangkal dakwaan tersebut dan menafikan perkara berkenaan.

Mujur pemilik produk itu mengakui kesilapan agent dibawahnya tetapi apa yang menyedihkan pula ialah apabila ada segelintir yang tetap terus mengecam Uqasha kerana dikatakan berlagak.

Menurut Uqasha, perkara tersebut sudah berlanjutan semenjak bulan Oktober yang lalu tetapi dia hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu perkara itu berlanjutan dan tidak menyangka ia menjadi lebih sukar ketika ini.

Selain itu, pelakon berusia 28 tahun itu turut kecewa kerana pengasas tersebut dengan sengaja menukar tajuk drama berkenaan untuk menambah api kemarahan.

Tidak mahu terus berperang, Uqasha telah memohon maaf kepada salah seorang agent mereka kerana mahu meredakan keadaan.

Wallahi kak, saya tak ada niat nak kecik kan mana-mana pihak atau hati sesiapa lagi-lagi in public. Geng-geng lain hentam cakap benda yang tak jaga hati langsung. Saya suka cara akak, tak ramai macam ni yang hati bersih dan jujur. Maafkan Qasha andai kata Qasha ada terguriskan hati akak ya.

Diharapkan perkara ini akan dapat diselesaikan tidak lama lagi, tak best la tengok gaduh-gaduh macam ni kan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest