Connect with us
Selamat Hari Raya

Onz

Percaya Dengan Rezeki Allah, Nadia Brian Tolak Tawaran Hollywood Untuk Aksi Keterlaluan

Bagus tindakan Nadia ni

Published

on

Pelakon-pelakon di Malaysia ramai yang berbakat sehingga mampu ke peringkat antarabangsa.

Perkara sama juga hampir dicapai oleh pelakon Nadia Brian yang telah menerima tawaran untuk ke Hollywood namun terpaksa ditolaknya.

Sebab penolakan itu dijelaskan menerusi Instagram story beliau pada 25 Januari 2021.

Menurut Nadia, punca penolakan itu disebabkan tawaran yang diberi tersebut tidak sesuai dengan status dirinya.

Tambahan lagi, aksi lakonan di Hollywood pula dikira agak keterlaluan dengan adanya adegan bercium dan bogel yang dikira normal di sana.

Nadia juga meluahkan rasa kurang senang apabila ramai yang memperlekehkan kualiti pelakon tempatan yang bakatnya dikira untuk pasaran Malaysia sahaja.

Ini kerana, pelakon-pelakon negara kita juga perlu menilai keseluruhan jenis watak yang ditawarkan buat mereka terlebih dahulu.

Selain itu, Nadia juga menyatakan bahawa beliau percaya akan rezeki daripada Allah.

Bagus tindakan Nadia ini yang matang dalam membuat keputusan.

Semoga kerjaya seni Nadia Brian akan terus berkembang walaupun buat masa ini terhad untuk dalam negara sahaja.

 

Baca artikel berkaitan: Aksi Nadia Brian Berdamping Dengan Ular Ini Dilihat Sangat Berani

Sumber: Instagram Nadia Brian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest