Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selebriti

‘Pergi’ Setelah Terlalu Penat Berkhidmat, Ummi Nazeera Wakili Rakyat Malaysia Mohon Maaf

Kena sama-sama bersatu perangi COVID-19

Published

on

Berita tumbangnya petugas barisan hadapan dalam berjuang melawan COVID-19 bukanlah perkara baharu yang kita dengar.

Hal ini menimbulkan rasa duka kerana mereka sudah banyak berkorban demi menyelamatkan rakyat Malaysia daripada dijangkiti COVID-19.

Benarlah setiap yang hidup pasti akan mati, namun usaha demi usaha perlu dilakukan untuk menjaga diri dan masyarakat daripada penularan virus yang boleh membunuh ini.

Terbaharu, akhbar Harian Metro yang bertarikh 20 Januari 2021 telah berkongsi satu kisah duka mengenai kematian seorang petugas kesihatan, Allahyarham Dr Ali Noor Hassan.

Difahamkan, Allahyarham telah tertidur ketika bertugas dan pengsan, sebelum jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih.

Selain itu, Allayarham dikatakan mempunyai kurang masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani COVID-19.

Perkhabaran ini menyentuh hati banyak pihak yang terkesan akan pengorbanannya.

Antara yang terpanggil untuk mengulas perkara ini ialah pelakon Ummi Nazeera yang memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya pada 20 Januari 2021.

Melalui caption:-

“Gambar terakhir yg diambil rakan sebelum jatuh sakit kerana TERLALU PENAT”

Maafkan kami rakyat Malaysia sebab selfish … Masih ada yg merungut tak boleh keluar rumah .. Masih ada yg tak jaga SOP .. Masih ada yg marah frontliners.. Ada yang marah tak boleh bekerja sebab tak boleh mencari rezeki .. Ada pula yg marah dan fikir pkp tak dilaksanakan dengan cukup ketat kerana mereka masih perlu bekerja.

Yea tak senang nak menyelamatkan kedua- duanya.. Nyawa & ekonomi.. Yea kami tahu tapi ada juga di antara kami yg tetap selfish .. merungut dan hanya tahu menuding jari.. Tidak tahu bersyukur di atas nikmat yg diberi. Masih boleh bernafas.. Masih boleh melihat. Masih boleh mendengar. Maafkan kami. Damailah kamu di sana wira wira Malaysia.

Semoga Allah memaafkan kami. Astaghfirullah

Ummi mewakili rakyat Malaysia memohon maaf kerana mementingkan diri sendiri dengan merungut apabila arahan untuk berada di rumah dikeluarkan, serta ada yang tidak patuh akan garis panduan yang ditetapkan.

Selain itu, Ummi mengakui ada pihak yang marah kerana urusan mencari rezeki menjadi tergendala disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Beliau mengakui tidak mudah untuk menjaga nyawa dan ekonomi dalam masa yang sama.

Namun rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana masih bernafas dan tidak sepatutnya menyalahkan mana-mana pihak dalam situasi pandemik COVID-19 yang sedang dialami kini.

Semoga wira-wira negara yang gugur kerana pandemik ini mendapat balasan baik yang selayaknya atas pengorbanan mereka.

 

Sumber: Instagram Ummi Nazeera, Harian Metro, Facebook SPJ Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest