Connect with us
Hot FM

Selebriti

Pernah Kahwin 6 Kali, Netizen Setuju Tan Sri AR Tompel Romeo Negara Yang Sebenar

Siapa sangka rupanya ramai yang tak tahu tentang kisah perkahwinan antara Saloma dan AR Tompel

Published

on

Siapa sangka sudah lama berlalu tapi kini baru ramai mengetahui bahawa Allahyarham AR Tompel pernah berkahwin dengan Biduanita negara iaitu Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Seorang pengguna Twitter telah memuat naik satu twit tentang perkongsian kisah hidup Allahyarham AR Badul.

Untuk makluman, arwah mempunyai seramai 18 orang anak hasil perkahwinan dengan enam orang isteri yang mana salah seorangnya merupakan Saloma sendiri.

Namun rupa-rupanya ramai yang tidak mengetahui tentang fakta berkenaan kerana kebanyakannya hanya tahu bahawa Saloma hanya pernah berkahwin dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Banyak respond yang diterima oleh pengguna Twitter yang mana mereka turut teruja membaca salah silah keluarga arwah.

Antara anak arwah yang turut menjadi pelakon ialah Adlin Aman Ramli, Amran AR dan juga AR Badul.

Dalam masa yang sama, arwah turut pernah berkahwin dengan Ruminah Sidek yang juga merupakan pelakon kegemaran ramai.

Menarik juga salah silah keluarga ni kan, pusing-pusing rupa-rupanya kebanyakan anak-anak Allahyarham AR Tompel memilih kerjaya sebagai pelakon mengikut jejaknya.

Sumber foto: Twitter

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest