Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Pernah Tak Dapat Job Berlakon, Sifu Business Puji Sikap Wawa Zainal Yang Tak Penat Berusaha

Makin cantik Wawa Zainal ni….

Published

on

Ada tak antara kalian yang mengikuti perkembangan pasangan suami isteri selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, jika ada pastu tahu tentang kisah sebalik rumah tangga mereka satu masa dahulu yang pernah menjadi bualan hangat peminat.

Banyak dugaan yang mereka berdua tempuhi sepanjang perkahwinan ini dan hasil usaha keras serta kesabaran, hari ini Aeril dan Wawa sudah berjaya mempunyai perniagaan sendiri.

Seorang individu dikenali sebagai Sifu Jamall iaitu mentor Wawa ketika mula menceburi bidang perniagaan telah kongsikan satu video pendek tentang kisah kejayaan ibu kepada tiga cahaya mata itu.

“Wawa Zainal, anak didik saya bermula dari bawah pada tahun 2016. Mungkin nampak dia berjaya harini tapi tak nampak cabaran sebelum ni. Lepas kahwin kerja keras kumpul duit. Demi anak kedua yang baru lahir, Aeril dan Wawa kena cari income lebih lagi dengan mula berniaga.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Dalam masa yang sama, Wawa turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sifu Jamall dan semua orang yang sentiasa membantu dia bangkit daripada kesusahan demi membina kehidupan yang lebih sempurna.

Untuk pengetahuan, Aeril dan Wawa pernah merahsiakan status perkahwinan mereka kerana ketika itu Wawa masih lagi bernaung di bawah syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) yang mana melarang artis  mereka bercinta atau mendirikan rumah tangga.

Disebabkan itu mereka terpaksa merahsikan perkahwinan yang sudah dibina sejak tahun 2012 yang lalu.

Rata-rata netizen memuji sikap positif dalam diri Wawa dan Aeril yang berusaha keras untuk mengubah kehidupan menjadi lebih sempurna.

Bak kata orang, di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan mereka berdua sudah buktikan bahawa usaha keras selama ini telah mendatangkan hasil.

Kini, Aeril dan Wawa sedang dalam perancangan untuk membina sebuah masjid di Batu Pahat Johor serta membuka sebuah pusat tahfiz.

Baca artikel sebelumnya :

Selepas Bina Masjid, Kini Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Mahu Tubuh Pusat Tahfiz Pula!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest