Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Pertama Kali Buat Kejutan Untuk Isteri, Aksi Syahmi Sazli Beli Telefon Pintar Mencuri Perhatian

Sempoi dan humble

Published

on

Nama Syahmi Sazli semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jejaka yang berasal dari Kelantan ini sentiasa menghiburkan penonton di channel YouTube miliknya dengan video-vidoe lucu yang menjadi perhatian ramai.

Subscribers di YouTube channelnya pula adalah seramai 2.51 juta, wow bukan biasa-biasa tu!

Pada 28 Disember 2020, Syahmi telah memuat naik satu video di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

Video yang dikongsikan tersebut menunjukkan Syahmi dan kenalannya membuat kejutan untuk isterinya, Anissa Faizul dengan membelikan sebuah telefon pintar terkini.

Berdasarkan kapsyen:-

“Surprise Iphone 12 Untuk @anissafaizul

Sejak 3 tahun kenal Nissa, ni baru first time buat surprise untuk dia.. kekok sikit. haha”

Menurut Syahmi, itu adalah kali pertama beliau melakukan kejutan buat isteri sejak mengenalinya.

Menariknya, aksi Syahmi ketika ingin membeli telefon pintar tersebut juga menarik perhatian kerana ia kelihatan cukup sempoi dengan bertanya sebegitu di setiap kedai.

Selain itu, reaksi Nissa ketika menerima kejutan tersebut membuat netizen tersentuh, berjaya juga kejutan yang Syahmi rencanakan.

Di ruangan komen, ramai netizen yang meninggalkan pendapat mereka berdasarkan perkongsian tersebut.

Semoga Syahmi dan Nissa berbahagia selamanya dan sentiasa dapat mencuri perhatian peminat dengan kandungan video yang menarik!

 

Sumber: Instagram Syahmi Sazli

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest