Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Pertama Kali Jadi Wanita ‘Hamil’, Posing Uyaina Arshad Bikin Ramai Bimbang!

Lain macam gaya ibu mengandung tu, tapi lagi lucu bila ada yang ingat Uyaina mengandung betul-betul!

Published

on

Nama Uyaina Arshad nampaknya tidak asing lagi dalam dunia hiburan selepas beliau kini turut bergelar pelakon.

Pada mulanya Uyaina memilih untuk memasuki pertandingan Nona Manis 2015, rezeki menyebelahi dirinya apabila beliau telah dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan tersebut.

Kini, Uyaini telah menjadikan lakonan sebagai kariernya dan ini merupakan kali pertama beliau membawa watak wanita mengandung!

Menerusi posting terbaharunya di laman Instagram, Uyaina ada memuat naik beberapa keping foto menunjukkan beliau sedang ‘hamil’.

Lebih menarik lagi apabila Uyaina kelihatan sangat bersemangat bergambar bersama dengan ‘perutnya’ itu.

Posing beliau telah membuatkan ramai ‘bimbang’ melihat aksi pelakon berusia 29 tahun itu sehingga ada yang salah faham ingatkan beliau benar-benar sudah hamil.

Terkejut pula tiba-tiba Uyaina dah hamil, beliau belum lagi mendirikan rumah tangga tapi rasanya dah tak available kerana bunga ini sudah disunting!

Apa pun, tak sabar nak tengok macam mana agaknya Uyaina bawa watak jadi ibu mengandung ya?

Baca juga artikel berkaitan:

Uyaina Arshad Is Taken, Dedah Sudah Dirisik Keluarga Raja Syahiran
Uyaina Arshad Dedah Alami Gangguan Mental, Rasa Diri Tidak ‘Berguna’
Sumber foto: Instagram Uyaina Arshad
Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest