Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selebriti

Posing Bersama Kereta Mewah, Daiyan Trisha Buat Surprise Untuk ‘Someone Special’?

Daiyan turut mendedahkan bahawa hasratnya untuk menghadiahkan kereta mewah tersebut tertunda lama disebabkan PKP…

Published

on

Baru-baru ini tular beberapa foto pelakon, penyanyi dan model terkenal Daiyan Trisha bergambar bersama kereta mewah jenama Mercedes Benz yang baharu berserta reben kuning di laman sosial sehingga mengundang perhatian ramai.

Menulis di IG story akaun milik beliau @daiyantrisha,

“Keeping the secret for a few months was so hard”

Ramai yang menyangka kereta itu adalah untuk dirinya, namun setelah lama menyimpan rahsia, Daiyan mendedahkan perkara sebenar bahawa kereta mewah itu adalah hadiah beliau buat ‘someone special’ iaitu ibu bapanya, Mohd Nasaruddin dan Samsiah Mohd Nor!

Berkongsi lanjut, Daiyan turut memberitahu bahawa niatnya untuk memberikan kejutan sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya itu tertunda lama disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya kini telah ditunaikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

“tangkap gambar dengan kereta, tapi bukan kereta saya hehehe. thank u so much everyone for your duas, u all are so wonderful and kind.

salah satu goal daiyan memang nak belikan kereta untuk parents at least dlm 2-3 tahun lagi. alhamdulillah despite covid, last year Allah blessed me in abundance. so daiyan fikir, buat apa postpone kalau untuk parents. if there’s anything, now is the perfect time to make them feel good and fill their days with joy, because we’ll never know what tomorrow is gonna bring, as we live in days of uncertainty.

alhamdulillah dah sampai kat tangan papa & mummy. hug your parents, show them you love them, and do everything you can to repay them back. takkan pernah cukup, tapi at least kita cuba. ♥️🤲🏻”

Dalam pada itu, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin berkata, dia bersyukur salah satu impiannya tercapai tahun ini.

Malah jika dilihat momen Daiyan memberikan kunci kereta tersebut dalam kotak kecil kepada ibu bapanya, mereka sekeluarga jelas terharu dan beremosi.

Allahu sejuk perut ibu mengandung.

Ternyata kejutan yang dilakukan oleh Daiyan itu menjadi dan berjaya membahagiakan ibu bapanya!

Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah supaya dapat spoiled kan ibu bapa kita seperti Daiyan juga. Amin.

 

Sumber : Instagram & Youtube Daiyan Trisha

 

Baca artikel berkaitan : Macam Sama Tapi Bukan Dia, Daiyan Trisha Tiru Gaya OOTD Influencer?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest