Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Rajin ‘Pam’ Badan Di Gimnasium, Lengan Ismail Izzani Semakin ‘Kembang’

Makin sado nampaknya Mael sekarang ni, berbeza sangat daripada waktu dulu-dulu ya!

Published

on

Sekali lagi, penyanyi lagu Ada Cara, iaitu Ismail Izzani telah ‘belanja’ pengikutnya di laman Instagram dengan fotonya yang tidak berbaju!

Foto itu telah diambil ketika Ismail atau lebih mesra disapa dengan panggilan Mael sedang bersenam di gimnasium yang kini sudah menjadi aktiviti hariannya semenjak 2020.

Dalam masa yang sama, foto tersebut turut menampakan perbezaan badan Mael yang dulu dengan sekarang.

Mael yang kini sudah berusia 21 tahun itu kelihatan sangat matang ditambah pula dengan badan dan rambutnya yang kelihatan menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang.

Untuk perkembangan baharu, Mael kini sedang menjalani pengambaran sebuah telemovie yang mana turut menampilkan kekasihnya iaitu Shalma Eliana

Nampaknya makin kerap ya Mael berlakon dengan Eliana, agaknya lepas ni mungkin akan ada drama mereka berdua jadi hero dan heroin pula kan?

Sumber foto: Instagram Ismail Izzani

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest