Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Onz

Rakam Video Atas Dasar Profesional, Peminat Mohon Syafiq Kyle ‘Get Back’ Dengan Mimi Lana

Doa yang baik-baik!

Published

on

Walaupun hubungan percintaan antara pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana sudah terlerai, namun mereka tetap menjalankan tugas atas dasar profesional.

Baru-baru ini, aktres berkenaan telah memuat naik sebuah video yang mengatakan mereka mempunyai pengumuman untuk dilakukan:-

Rata-rata peminat memuji ketampanan dan kejelitaan kedua-dua pelakon tersebut selain ada juga yang pada awalnya mengingati bahawa mereka mahu mengumumkan tentang perkahwinan.

Menjengah ke komen pengikutnya yang lain, ada yang mahu kedua-dua pelakon berkenaan kembali menjalinkan hubungan.

Bagaimanapun menurut Syafiq Kyle ketika ditemu bual oleh Berita Harian, biarpun tidak lagi menjalin hubungan intim dengan Mimi Lana, tidak salah baginya untuk bekerja dengan bekas kekasih.

“Bagi saya, penting untuk bersikap profesional, lebih-lebih lagi apabila kita bekerja dalam bidang sama dan tidak perlu rasanya bermasam muka kerana ia hanya memberi kesan yang tidak baik kepada kerjaya kita.”

Terdahulu hubungan Syafiq Kylebersama Mimi Lana terputus di tengah jalan bukan disebabkan campur tangan pihak ketiga atau impak populariti.

Sebaliknya, Mimi mengaku mereka sudah tidak mempunyai persefahaman dan tiada jodoh.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest