Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

Rancang Kehamilan Kedua, Nad Zainal Dedah Mahu Doktor Yang Sama Sambut Kelahiran Anaknya

Wahhh

Published

on

Semakin hari semakin awet muda! Itulah yang boleh dikatakan buat pelakon cantik manis yang sedang sarat hamil anak kedua, iaitu Nad Zainal.

Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia binti Zainal Abidin berkongsi update terkini mengenai kandungan dan keterujaan di laman sosial Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)

Melihat di laman Instagram berkenaan, Nad menulis di kapsyen ;

“Trip ke hospital berjalan lancar semalam, dengan SOP yang ketat. Nasiblah tak ada orang datang checkup semalam, mungkin weekdays kan hospital tengah reno, harapnya masa bersalin dah siap tapi cantik betul macam nak beraya pula rasanya. Yem tiap kali ke hosp dia ingat doc nak belah perut mak dia, asyik tanya, mana baby? tak keluar ke?

🤤🤤🤤 lambat lagi nak keluar!! Nanad pilih doc yang sama sambut Yem untuk baby ke 2, faktor lokasi juga main peranan, tak nak jauh , PKP pulak tu, payah nak explain kalau bergerak jauh-jauh nanti.

apa yang mommies cari pada hospital ? kos nya kah? jarak dr rumah kah? doc nya kah?

Nanad malas tukar-tukar doc.. satu sebab sekarang mmg doc perempuan.. Dr Kay, keduanya.. biarlah doc Kay je yang “tengok”.. takpayahlah tambah doc lain🤣🤣🤣

bagi Nanad semua tu !! how bout u guys?”

Nad menceritakan bahawa dirinya baru-baru ini telah pergi ke Hospital untuk membuat pemeriksaan kandungan ataupun check-up baby dengan garis panduan yang ketat.

Dalam pada itu, Nad juga sempat memberitahu bahawa dia memilih doktor yang sama yang pernah menyambut kelahiran bayi sulung terdahulu kerana sudah selesa dengannya.

Malah, Nad juga mendedahkan bahawa dia merancang kehamilan anak kedua ini kerana mahu anak pertamanya, Fahad Ibrahim ada kawan! Awh.

Kami di Hot FM mendoakan agar bayi kedua Nad berada dalam keadaan yang sihat dan selamat semuanya.

 

Sumber: Instagram Nad Zainal

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest