Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Onz

“Rasa Berat & Guilty Cukup Dalam Hati”- Diana Danielle Luah Hasrat Mahu Berehat Dari Dunia Seni

Stay strong Diana…

Published

on

Pelakon jelita terkenal Diana Danielle baru-baru ini meluahkan hasrat mahu memperlahankan karier seninya berikutan hendak memberi fokus sepenuhnya kepada anak-anak iaitu Muhammad bin Farid Kamil dan Nur Aurora binti Farid Kamil.

Pengumuman mengejutkan itu diumumkan Diana menerusi laman Instagram beliau pada 9 Disember 2020.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Melihat pada kapsyen yang ditulis oleh Diana, beliau mendedahkan bahawa sebagai seorang ibu, amat sukar baginya untuk berjauhan dengan anak-anak.

“I can’t be away from the kids. Not the mom yang happy to have even one night without them. My “me time” is just being alone for a few hours hiding so i can watch trevor noah jabbing at US politicians and james cordon’s carpool karaoke. It’s hard to admit sebab i tak suka orang clingy tapi i’m the clingy one now 😭”

Malah, Diana berkata, setiap kali mahu pergi kerja, dia merasakan perkara itu sangat berat untuk dilakukan walaupun sebenarnya berlakon merupakan minat beliau.

“Returning to work and being on set is always the hardest thing i have to do, walaupun i suka the script, story and everything but a few days before work I will cry (inside), rasa berat & guilty cukup dalam hati. Every day is like “bila nak habis.. nak ajar aurora draw fish and nak tolong momad siapkan homework or nak tukar arrangement bilik diorg (lagi).”

“Normally after every project, I’ll have to break for at least a month, baru boleh pujuk hati untuk kerja balik. Bila I depress rindu anak, teruk. I boleh bad mood sesangat and tak ada will to work. Kalau before Covid Aurora dah serupa PA I dah. I angkut je sebab sama-sama rindu. Momad on off sebab dah besar tapi dia akan selalu video call tanya bila nak baliiik. HAIH!”

Berbalik kepada hasratnya untuk memperlahankan karier seni, Diana berkata, tahun 2020 merupakan tahun yang sangat berat buatnya.

Oleh itum dia membuat keputusan untuk berehat seketika dan hanya mahu melakukan perkara-perkara yang akan membuatkan dirinya gembira dan meluangkan masa bersama anak-anaknya.

“Next year I wanna slow down. I sacrificed a lot this year. I had to overcome something so painful. A lot of time, effort and money wasted. So cukup, I dah selesai satu issue in 2020. Next year insyaAllah, I wanna be the “always home, baking and decorating” mom. Doesn’t mean I won’t be busy just a better kind of busy. I wanna just release songs, get into dancing again, create more content that’ll make you guys also feel more connected with me…. ultimately do things that’ll give me more time with my kids. 2021 you better not be another 2020. Gimme that 2001 “itz britney bish” and paris hilton’s “that’s hot” vibes or i donchwanit.”

Untuk rekod, Diana sebelum ini mendedahkan bahawa dirinya mengalami gangguan kebimbangan melampau ataupun anxiety attack sehingga membuatkannya sukar untuk bernafas ataupun melakukan kerja-kerja lain.

Sementara itu, umum juga mengetahui bahawa sebelum ini, suaminya yang juga pelakon terkenal, Farid Kamil telah dihukum penjara 13 bulan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis dua tahun lalu.

Kami di Hot FM mendoakan supaya Diana terus cekal menghadapi dugaan, semoga Allah SWT sentiasa lindungi diri dan keluarganya. Amin

Sumber : Instagram Diana Danielle

Baca artikel sebelum ini : Diana Danielle Derita Kebimbangan Melampau, Sukar Bernafas Dan…

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest