Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“Itu Memang Rancangan Saya Dan Awal” Scha Masih Kekalkan Nama Anak L & A

Makin cantik ya Scha sekarang

Published

on

Anak merupakan anugerah yang terindah dan tentunya kehadiran si kecil itu menjadi penantian setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga.

Kini pelakon dan juga ikon fesyen Malaysia, Scha Al-Yahya bakal menimang cahay mata keduanya tidak lama lagi.

Seperti yang kita tahu, sebelum ini Scha ada memberitahu bahawa dia tidak akan menyembunyikan jantina anak keduanya ini.

Bagi pemilihan nama, nampaknya Scha dan Awal masih lagi akan mengekalkan nama pangkal L & A seperti anak sulung mereka iaitu Lara Alana.

It’s a good random question! InshaAllah itulah perancangan Awal dan saya .

Scha yang sedang hamil enam bulan ini masih lagi aktif dengan kerjayanya sebagai seorang duta, ikon fesyen, selebriti, isteri dan juga ibu.

Disebabkan perlu menggalas banyak tanggungjawab, Scha memilih untuk mempunyai perancangan dalam setiap apa yang perlu dilakukan olehnya.

Trimester' pertama yang cukup mencabar Scha Alyahya | Harian Metro

Dalam masa yang sama, dia juga akui dengan adanya support system di sekeliling, dia dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan sempurna.

Saya ada team yang sangat bagus dan support system yg solid. They are always around bila saya saya terlalu sibuk. Dan saya memang seorang planner, so saya ada system yg saya akan plan for everyone and everything untuk jadikan career saya berjalan sambil tak lupa tanggungjawan sebagai ibu, isteri, anak dan a celebrity.

Ketika ditanya berkenaan isu Instagram miliknya yang secara tidak sengaja telah di deactivate, Scha akui ada client yang terkejut dengan perkara itu namun dia bersyukur kerana semua itu tidak menganggu kerjanya yang lain.

Rezeki tahun ini buat Scha apabila dia telah dilantik untuk menjadi duta untuk produk kecantikan MEERACLE.

Baginya ketika pertama kali dilamar untuk menjadi duta, dia mengambil masa yang lama untuk mencuba keberkesanan produk berkenaan terlebih dahulu.

Ternyata produk tersebut sesuai dengan kulit wajahnya yang sentiasa menggunakan makeup setiap hari.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest