Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Rizalman Sebak, Haiza Hanafi Ingin Tunaikan Hasrat Terakhir Kenalan Rapat

Al-Fatihah

Published

on

Setiap yang bernyawa pasti akan pergi.

Pada 2 Disember 2020, Dato’ Rizalman telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71)

Melalui hantaran itu, Rizalman telah berkongsi kesedihan dengan kisah pemergian seorang kenalan rapat kepada penyanyi dan penyampai Kool FM iaitu Haiza Hanafi.

Perkongsian itu memperdengarkan voice note daripada Haiza yang memberitahu niat untuk membeli buku dari Rizalman.

Ini kerana ia merupakan permintaan terakhir daripada kenalan rapat Haiza dikenali sebagai Hasrul, yang berhasrat menghadiahkan buku tersebut buat isterinya.

Namun hasrat tersebut tergendala setelah Allahyarham Hasrul telah pergi buat selamanya.

Suara Haiza yang diselangi dengan tangisan itu turut membuat Rizalman bersedih dengan kisah pemergian tersebut.

Dalam pada itu, Rizalman telah berkongsi di Instagram story bahawa dirinya menulis kata-kata dan menandatangani buku yang akan diserahkan kepada isteri Allahyarham, terima kasih Rizalman!

Kami di Hot FM mendoakan semoga Allahyarham Hasrul ditempatkan dalam golongan orang beriman.

 

Sumber: Instagram Dato’ Rizalman

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest