Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“Janggut Kena Simpan, Sunnah!” Neelofa Malu-Malu Kena Usik Dengan Rosix

Alamak, kantoi sudah!

Published

on

Semenjak 1 November yang lalu, nama Noor Neelofa dan PU Riz bagaikan tidak lekang di bibir netizen dan peminat lebih-lebih lagi selepas majlis pertunangan mereka mendapat perhatian ramai.

Mungkin ada yang tak tahu lagi bahawa kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila mempunyai YouTube channel sendiri bersama dengan sahabat baiknya iaitu Rosix.

Apa yang menarik perhatian ialah apabila video baharu mereka di YouTube berjudul Q and A time with Rosix, Bella & Lofa itu telah ‘membongkar’ rahsia milik Lofa sendiri.

Dengan nada bergurau, Rosix dengan selamba menyebut beberapa ciri lelaki idaman Neelofa yang mana semua itu bagaikan ada pada diri PU Riz sendiri.

Janggut kena simpan, sunnah! Lelaki idaman Lofa yang boleh bawak ke syurga, berjanggut dan paling penting boleh bagi tazkirah setiap malam Jumaat.

Suasana menjadi kecoh seketika dengan gelak tawa mereka selepas Rosix menyebut ciri-ciri berkenaan, namun Neelofa masih steady dan hanya mampu tergelak sahaja.

Dalam masa yang sama, Rosix turut akui bahawa Neelofa seorang yang sentiasa support orang lain yang buat lawak walaupun hakikatnya perkara itu tidak kelakar, dia tetap akan gelak. #SisSupport.

Selain itu, mereka juga ada menjawab soalan tentang pandangan terhadap diri masing-masing dan Bella turut terkena tempias sekali.

Neelofa dan Rosix turut menggelar Bella sebagai seorang yang serba tahu dan mampu untuk menjadi ‘doktor’ buat anaknya.

Dia tahu segala jenis ubat, dia boleh suruh doktor ikut cakap dia. Siap marah nurse, dia hafal semua jenis ubat untuk anak dia.

Mungkin selepas ini Rosix dan Bella juga akan menjemput PU Riz untuk menjadi tetamu di dalam video mereka?

Boleh la korek rahsia tentang percintaan Lofa dan PU Riz kan?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest