Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Sah! Ikmal Amry Kini Bergelar Suami, Nikahi Gadis Dari Negeri Sembilan

Tahniah!

Published

on

Selepas mengikat tali pertunangan pada Mei lalu, pelakon Ikmal Amry kini telah sah bergelar suami kepada si cantik manis, Najla Samshul.

Pasangan ini memilih tarikh 19 Disember sebagai hari keramat buat mereka berdua.

Image

Mereka telah dinikahkan dalam satu majlis yang penuh meriah di kampung halaman Najla sendiri iaitu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Majlis pernikahan itu telah dihadiri oleh saudara mara kedua-dua belah pihak dan sahabat rapat mereka.

Rata-rata peminat berasa terkejut dengan berita ini namun tetap mendoakan semoga perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Namun peminat nampaknya lebih tertarik dengan kecantikan yang dimiliki oleh Najla dan terpegun dengan sifatnya yang merendah diri.

Mengikut perancangan, mereka sepatutnya dinikahkan pada September ini tetapi akibat bimbang sekiranya tidak dapat membuat persiapan dengan rapi, maka tarikh telah ditukar kepada bulan Disember.

Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan diadakan di Subang pada 27 Disember ini.

Kami daripada pihak HotFM mengucapkan tahniah kepada Ikmal dan Najla atas bahtera rumah tangga yang dibina ini, semoga berkekalan sehingga ke Jannah.

Sumber foto: Instagram Ikmal Amry

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest