Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Saharul Ridzwan Akui Rasa “Berderau Darah” Setelah Bergelar Bapa

Kasih seorang bapa

Published

on

Kehidupan dari berstatus bujang kemudian bergelar ibu atau bapa pasti ada bezanya.

Sama seperti pelakon Saharul Ridzwan yang mengakui akan perubahan itu.

Pada 12 November 2020, Saharul telah memuat naik satu perkongsian di Instagram.

Menurutnya, dia kini merasai “berderau darah” setelah bergelar seorang bapa:-

“Dulu selalu dengar je perkataan ni. Skrg dah ada anak, selalu sangat rasa “berderau darah” tu datang. Allahuakbar. Anak ni, walaupun benda kecik yang jadi, darah naik tu rasa macam dekat kepala dah. Risau kita, Subhanallah. Tak tahulah macammana nak cakap. Macam tu lah umi dan abah risau waktu sy accident dulu. 😞”

Menjadi adat setelah bergelar ibu dan bapa, tanggungjawab yang dipikul menjadikan mereka merasa risau akan anak-anak terutamanya dari segi keselamatan.

Namun Saharul mengakui, pengharapan juga perlu diserahkan kepada Allah:-

“Tiada daya upaya kita sebagai hamba Allah utk pastikan sesuatu tidak berlaku walaumacammana cuba sekalipun melainkan dgn izin Allah SWT. Semoga Allah terus melindungi orang orang yang kita sayang.

Hasbunallah Wa Ni’mal Wakiil. Amin Ya Rabb 🤲🏻”

Begitulah kasih seorang bapa yang ingin menjadi pelindung buat keluarganya.

Untuk rekod, Saharul telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016 dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata.

 

Baca artikel berkaitan: Saharul Ridzwan Minta Maaf Pada Anak

Sumeber: Instagram Saharul Ridzwan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest