Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selebriti

Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-9, Netizen Teka Lisa Surihani Mengandung?

Wah betul ke Datin Lisa mengandung? Apa-apapun kita tunggu jawapan empunya badan….

Published

on

Tanggal 23 Februari 2021, menandakan genap sembilan tahun pasangan selebriti terkenal iaitu Datuk Yusry Abd Halim dan Datin Lisa Surihani menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Bersempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka bersama, Datuk Yusry memuat naik ucapan romantis di laman sosial Instagramnya untuk isteri tercinta.

Menulis di ruangan kapsyen :

“Happy Anniversary Sayang. 9 years on, I still feel like the luckiest man alive. I’m still amazed by you… everything you do & say. Always so kind, caring, loving & supporting. And our kids are so blessed to have you to call mummy. Alhamdulillah

Selamat Hari Kita yg ke-9″

Mengagumi sifat penyabar, penyayang dan kebaikan Lisa selama sembilan tahun bersama, Datuk Yusry yang juga merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan KRU, meluahkan rasa syukur dan terharu dengan ulangtahun yang ke sembilan itu dan mengatakan bahawa anak mereka sangat bertuah kerana memiliki ibu seperti Lisa.

Sementara itu, ruangan komen di laman Instagram Datuk Yusry juga dibanjiri dengan ucapan ulangtahun perkahwinan dari rakan artis, peminat serta warganet!

Dalam pada menerima ucapan-ucapan manis dari warganet, ada juga yang mengatakan Datin Lisa seperti mengandung kerana ada penampakan baby bump di perutnya! Awh.

Kalau betul lah Datin Lisa mengandung lagi, mesti Datuk Yusry gembira sangat!

lisa surihani | Harian Metro

Kami di Hot FM mendoakan supaya Datuk dan Datin setia dan bahagia hingga ke akhir hayat, Amin.

Untuk rekod, sebelum ini Datuk Yusry dan Datin Lisa diijabkabulkan pada 23 Februari 2012 dan kini telah dikurniakan dua cahaya mata, iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki bernama Yahaira Leanne lahir pada September 2015, manakala anak lelaki bernama Yusof Leonne dilahirkan pada April 2017.

 

 

Sumber: Instagram Datuk Yusry Abd Halim

Baca artikel berkaitan : Lisa Surihani Muat Naik Ucapan Hari Jadi Buat Beto Kusyairy, Siap Imbas Kenangan “Istanbul Aku Datang”

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest