Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“Sampai Masanya Mama Berhenti Meratapi Pemergianmu,” Sandra Akhirnya Muncul Dalam Mimpi Ibunya

Semoga tenang di sana..

Published

on

Ibu mana yang sanggup untuk melepaskan anaknya pergi buat selama-lamanya, namun apakan daya dan siapa yang mampu melawan takdir yang maha Esa?

Genap 44 hari pemergian Allahyarham Sandra Dianne, terubat jua rindu ibunya Nur Syakinah Abdullah selepas penyanyi itu muncul dalam mimpi.

Menerusi perkongsian di laman Facebook milik ibunya baru-baru ini, beliau menzahirkan rasa syukur selepas menemukan anaknya walaupun dalam mimpi.

“Tepat 44 hari, akhirnya kakak datang juga dalam mimpi mama. Terima kasih nak, mama takkan lupa ciuman yang mama berikan pada kakak dan pelukan tangan kakak memeluk erat badan mama.

“Ia seperti tanda daripada kamu yang memberitahu kamu baik-baik, dan sampai masanya mama pandang ke depan dan berhenti meratapi pemergianmu. Mama akan terus merindui kamu dan bersemadilah dengan tenang bidadariku. Al Fatihah,” tulisnya.

Tambah Syakinah lagi, beratnya kini turun mendadak susulan tidur bertemankan air mata.

“Susah untuk mama bangkit semula dari kesedihan ini kakak. Berat mama pun semakin hari makin turun daripada 52 kilogram (kg) mendadak turun ke 46kg. Setiap malam, selama 40 hari juga mama tidur bertemankan air mata,” tulisnya.

Ibunya juga menyatakan bahawa beliau akan sentiasa dan tidak pernah lupa mendoakan kesejahterahan Sandra termasuk selalu sedekahkan Al Fatihah buat anaknya itu.

Terdahulu, Sandra terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat sebuah program realiti televisyen di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 5 September lalu.

Sandra meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada 11 September selepas enam hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest