Connect with us
Projek Radio

Selebriti

‘Saya Dah Kaya, Buat Apa Nak Cari Jutawan?’- Netizen Persoalkan Status Ameera Khan

Makin cantik tau Ameera Khan ni, sama macam kakak dia…

Published

on

Nama Little Miss Khan mungkin tidak asing lagi bagi mereka yang sering ‘bersiar-siar’ di media sosial.

Little Miss Khan atau Ameera Khan yang merupakan adik kepada pengacara Neelofa itu juga dikenali sebagai social media influencer kerana dia mempunyai seramai 1.2 juta pengikut di Instagram miliknya.

Pada 11 Oktober lalu, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Shamira telah memuatnaik satu twit perkongsian semasa dia menyertai live Ameera di Instagram miliknya.

Tujuan Shamira memuat naik twit berkenaan hanya lah disebabkan ingin berkongsi perasaan teruja apabila Ameera membalas dengan kata-kata ‘menusuk kalbu’ kepada seorang lelaki yang mahu menjadikan Ameera sebagai isteri keduanya.

Pada masa yang sama, ada pula yang mempersoalkan status ‘jutawan’ yang disebut oleh Ameera di dalam live berkenaan.

Seorang netizen mempersoalkan bagaimana Ameera boleh bergelar jutawan walhal dia bukan lah seorang pelakon, model atau Youtuber yang ada menghasilkan video bagi mendapatkan wang.

Maka dengan itu, Shamira membalas semula ciapan berkenaan dengan memberitahu rate harga Ameera bagi setiap review yang diterima olehnya bagi mempromosikan apa-apa produk di Instagram miliknya.

Selain itu, Ameera juga mempunyai produk di bawah namanya sendiri dan dengan itu dia meraih sumber pendapatan.

Bukan itu sahaja, si cantik manis berusia 19 tahun itu juga ada membuat beberapa iklan berbayar bersama dengan jenama antarabangsa yang lain, jadi tidak mustahil la sekiranya dia mempunyai pendapatan tinggi setiap bulan mahupun setiap hari.

Sudah la mempertikaikan duit orang, netizen berkenaan juga mempersoalkan mengapa Ameera meletakkan harga yang tinggi bagi review yang dilakukan olehnya.

Tak perlu la sampai nak persoalkan rezeki orang lain, jaga sahaja tepi kain sendiri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest