Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“Saya Korban Segalanya, Sekejap Rambut Pendek, Sekejap Panjang,” Mimi Lana Luah Cabaran Sebagai Anak Seni

Susah rupanya jadi pelakon ni..

Published

on

Tanyalah mana-mana anak seni yang ketika ini sudah berjaya ataupun berada di puncak, pastinya rata-rata mempunyai kisah jatuh bangun sendiri demi mengejar cita-cita.

Contohnya penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memulakan kerjayanya seawal 16 tahun selepas memenangi sebuah pertandingan nyanyian sebelum berjaya menempa nama dan menganjurkan banyak konsert di dalam dan luar negara.

Ramai tidak tahu kisah pahit manis yang ditempuh Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum beliau berjaya merangkul pelbagai anugerah dan sehingga kini beliau masih kekal relevan, menjadi idola ramai, malah masih bergiat aktif sebagai penyanyi.

Perkara tersebut turut dikongsi pelakon Mimi Lana menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Menurut Mimi Lana, untuk kekal relevan dalam industri hiburan bukanlah perkara yang mudah, sebaliknya amat sukar kerana banyak aspek perlu dititkberatkan.

“Kalau ikutkan hati, saya cuma nak berlakon dan balik seperti orang biasa,”

Namun, jika dilihat kepada realiti, ia tidak mudah seperti yang disangka oleh pelakon yang ketika ini popular menerusi drama Hati Yang Tersakiti gandingannya bersama Remy Ishak dan Nad Zainal itu.

Baru Episod Pertama, Ramai Puas Hati Lakonan Mimi Lana Dalam Hati Yang Tersakiti | Hot FM

“Saya korban masa dengan keluarga, rakan, dan masa rehat. Turun, naik berat badan, sekejap rambut pendek, sekejap panjang,”

Mimi Lana turut mengakui beliau kadangkala tidak cukup tidur dan ia adalah perkara normal bagi seorang pelakon.

“Ada hari terpaksa bawa balik karakter ke rumah sebab risau tak boleh perform on set,”

Nampaknya, bukan senang yang macam kita nampak ya, pelakon juga manusia biasa yang perlu berusaha keras untuk berjaya.

Apa-apa pun, selamat maju jaya Mimi! Semoga segala usaha yang dipertaruhkan ini akan mendatangkan hasil pada masa akan datang..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest