Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Onz

‘Saya Mahu Permohonan Maaf Bertulis,’ Chacha Maembong Tepis Dakwaan Terlibat Dengan Macau Scam

Tak pasal-pasal kena tuduh pulak ya…

Published

on

Belum lagi selesai mengenai isu sindiket Macau Scam, kini nama pelakon Chacha Maembong pula turut terpalit mengenai hal tersebut.

Dalam masa yang sama, punca mengapa nama Chacha turut dikaitkan ialah kerana ada dakwaan membabitkan sindiket tersebut menggunakan populariti selebriti tempatan bagi menjalankan kegiatan ‘cuci duit haram’ mereka itu.

Ada netizen menuduh Chacha mendapat dana bagi membuka perniagaan miliknya daripada salah seorang individu yang pernah disiasat oleh pihak SPRM sebelum ini.

Berang dengan dakwaan palsu itu, Chacha telah memuat naik satu posting di Instagram miliknya pada 17 Oktober lalu.

Selain itu, Chacha turut memberitahu bahawa dia tidak mengenali secara rapat dengan Dato Zaidi Kanapiah atau isterinya, Datin Alya kerana gambar yang diperkatakan itu diambil pada Januari 2017 yang lalu.

“Saya telah mendapat kecaman di media sosial dan ini telah pun menjejaskan reputasi saya dan menjejaskan perniagaan saya. Untuk makluman, produk keluaran saya adalah kerjasama dengan sebuah syarikat ternama di Malaysia dan Asia, tiada kaitan dengan penglibatan dana atau modal dari sumber lain.”

Disebabkan itu, adik kepada pelakon Emma Maembong itu juga meminta supaya mereka yang terlibat dalam menyebarkan fitnah itu dapat mengemukakan permohonan maaf secara bertulis kepadanya.

Nampaknya mungkin selepas ini akan ada tindakan undang-undang dikeluarkan oleh pihak Chacha sekiranya mereka yang terlibat tidak berbuat demikian.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest