Connect with us
Hot FM

Selebriti

“Saya Masih Terkejut Dan Keliru”- Dato Seri Vida Mohon Diberi Ruang Isu Tuntutan Hadhanah Bekas Suami

"saya lakukan ini semua demi keselamatan anak-anak…"

Published

on

Pada 3 November 2020, bekas suami jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Mohd Amin Yasin menfailkan tuntutan hadhanah di Mahkamah Syariah Kota Bharu bagi menuntut Hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) bersama anak-anak.

Bekas suami Datuk Seri Vida fail permohonan hadanah terhadap dua anak – Malaysianews TV

Mengulas kepada perkara itu, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida meminta semua pihak memahami dan memohon diberikan ruang pada dirinya sebelum mengulas lanjut mengenai isu bekas suami.

DSV turut berkata bahawa dia masih terkejut dengan tuntutan yang difailkan namun tetap mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang isu terbabit.

“Terima kasih atas perhatian semua yang mengambil berat tentang isu ini. Saya sendiri masih terkejut dan keliru.

“Cuma apa yang boleh saya katakan, saya lakukan ini semua demi keselamatan anak-anak. Saya akan maklumkan lebih lanjut selepas saya mendapat sedikit ketenangan,” jawabnya

Terdahulu bekas suami DSV Mohd Amin Yasin mendakwa kali terakhir bertemu anak-anaknya Nur Edlynn Zamilleen (Cik B) dan Eric Zaquan (Kacak) ialah pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu hanya berlangsung selama 15 minit sahaja.

Untuk rekod, Mohd Amin sebelum ini berkahwin dengan DSV pada tahun 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.

Untungnya DS Vida Ada Saham Akhirat Tunggu Di Syurga. 2 Anak Lelakinya Meninggal Dalam Kebakaran 6 Tahun Lalu! - Kashoorga

Apa yang lebih menyayat hati, dua cahaya mata Dato Seri Vida iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Datuk Seri Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.

Mohd Amin sah bercerai dengan usahawan kosmetik itu pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest