Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

“Saya Tahu Apa Yang Terjadi, Kita Tunggu Dan Lihat” – Suami Nadia Brian Jawab Isu ‘Orang Ketiga’

Hmm…

Published

on

Masih belum selesai pergolakan rumah tangga antara pelakon Nadia Brian dan Muizz Nasruddin, kini timbul pula dakwaan mengenai kehadiran orang ketiga yang dipercayai pelakon Aidit Noh.

Apabila ditanya mengenai gosip yang tersebar itu, suami kepada nadia iaitu Muizz enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan terbabit, namun percaya segala kebenaran pasti akan terbukti satu hari nanti.

“Kebenaran dan keadilan pasti akan terbukti satu hari nanti. Saya percaya Allah akan permudahkan segalanya. Saya tak nak komen lebih.

“Cuma satu hari nanti, kebenaran akan keluar sendiri. Terpulang kepada netizen nak cakap apa sebab itu hak mereka. Saya tahu apa yang terjadi. Kita tunggu dan lihat,” 

Sebelum ini, Aidit pernah menafikan dakwaan dia mengganggu rumah tangga pasangan terbabit sebaliknya mendedahkan hubungan dengan Nadia atas urusan kerja semata-mata.

Apabila ditanya mengenai hubungan status perhubungan bersama Nadia, Muiz mengakui dia dan Nadia masih lagi suami isteri yang sah.

“Status kami masih sah. Jadi buat apa saya nak padam gambar kami. Saya rasa orang boleh nilai sendiri. Saya tak berasa tertekan pun dengan apa yang terjadi sebab Allah ada.

“Macam saya cakap sebelum ini, saya berterima kasih kepada keluarga dan rakan terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk saya teruskan kehidupan. Itu saja yang boleh dikongsi buat masa sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, di laman sosialnya, Muizz turut memuat naik gambar hitam putih dengan kapsyen seperti memberitahu dia dikhianati oleh pasangannya.

“Taking a leap of faith…”

“It was real for me,”
“I gave my heart and soul,”
“Knowing that I did my best but it’s still wasn’t enough for you..”

“Nothing hurts more than being betrayed, disappointed and insulted by the one person you thought would never hurt you”

“Thank you to my family & friends for the moral support, you know who you are”

“I believe ALLAH has better plans for me”

“Justice will prevail, InsyaALLAH”

Kemelut rumah tangga pasangan itu mula menjadi perhatian apabila mereka tidak lagi berkongsi gambar bersama di laman sosial sejak Ogos lalu namun Nadia menafikan dakwaan hubungan mereka sedang dilanda masalah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest