Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“Saya Tak Boleh Tutup Mulut Orang” Difitnah Terlibat Dengan Macau Scam, Zulin Aziz Bakal Bawa Isu Ke Mahkamah

Semoga Zulin bersabar ya…

Published

on

Masih lagi belum habis dengan teka-teki tentang dalang disebalik kegiatan haram Macau Scam, kini nama pengacara Zulin Aziz turut terpalit dengan kes tersebut

Baru-baru ini pada 20 Oktober lalu, Zulin telah memuat naik satu posting menafikan dakwaan dirinya terlibat dalam isu penggubahan wang haram atau Macau Scam itu.

Zulin berasa sangat kesal kerana telah dituduh sedemikian rupa kerana dia hanya berkawan rapat sahaja bersama dengan Datin Alya iaitu salah seorang individu yang telah ditahan oleh pihak SPRM sebelum ini.

“Apalah salah dosa aku? Korang fitnah aku bertubi-tubi, cakap memalukan lah apalah. Selagi tak disebut nama, selagi tu netizen buat andaian dan fitnah aku. Disini saya jelaskan, saya tak pernah dipanggil untuk bantu siasatan oleh SPRM. Saya tak ada kena mengena dengan sindiket itu malah tidak pernah menjalankan perniagaan dengan mereka.”

Menurutnya lagi, perniagaan yang sedang diusahakan itu merupakan hasil kerjasama bersama dengan sebuah syarikat lain.

Dalam masa yang sama, Zulin turut mengakui bahawa dia sememangnya berkawan rapat dengan Datin Alya tetapi dia langsung tidak terlibat dengan aktiviti yang dimaksudkan itu kerana status mereka hanya sebagai teman rapat sahaja.

Pelakon drama Nahu Rindu itu juga turut menegaskan bahawa dia tidak pernah menayang kemewahan dirinya dan hanya menjalani kehidupan sederhana seperti orang lain.

Dia juga memohon supaya netizen berhenti untuk menabur fitnah dia memakan duit haram hasil kegiatan kotor itu.

Dengan ini, Zulin menjelaskan bahawa dia tidak akan sama sekali mengulas lagi berkenaan isu yang sedang terjadi ini dan berharap agar namanya tidak disebut lagi selepas ini.

Sekiranya isu ini semakin berlanjutan, Zulia sama sekali tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah kepada mereka yang berkenaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest