Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“Sayang Akan Menyusul Kemudian Abang”- Luahan Isteri Arwah Abam Undang Sebak

Al-fatihah..

Published

on

Kehilangan orang yang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila kehilangan kekuatan dan tempat berlindung daripada seorang insan yang dipanggil suami.

Itulah yang dihadapi oleh balu pelakon dan pelawak Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah.

Mengakui dia sukar untuk meneruskan kehidupan tanpa Abam di sisi, Hidayah memuat naik satu hantaran di Instagram mengenai luahan rasa rindunya terhadap arwah selepas genap lapan bulan meninggal dunia.

View this post on Instagram

10.10.2020 8bulan abang pergi, yang hidup pasti akan mati, sayang akan menyusul kemudian abang..sayang akan pegang semua amanat abang menjaga anak kita sebaik-baiknya InsyaAllah .. Sayang cuba teruskan hidup tanpa abang di sisi Sangat sukar,Sangat susah,dan sangat SAKIT nak lalui semua,tapi kekuatan sayang keluarga alhamdulliah sayang bangun😊 untuk capai impian kita sekarang sayang dah ada KEDAI berkat DOA dari semua orang 😊.. Aku yakin padaMu, Ya Allah .. Aku yakin pada rancanganMu .. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui semuanya .. AL-FATIHAH suamiku syed Umar Mokhtar #cintasyurga #rindudalamdoa #kitabaikramaisayang #hamzahanakibudanayah#allahbersamaku #sikasihabam #anaksoleh #abamjunior

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

“10.10.2020 8bulan abang pergi, yang hidup pasti akan mati, sayang akan menyusul kemudian abang..sayang akan pegang semua amanat abang menjaga anak kita sebaik-baiknya InsyaAllah”

“Sayang cuba teruskan hidup tanpa abang di sisi, sangat sukar, sangat susah dan sangat SAKIT nak lalui semua, tapi kekuatan sayang keluarga alhamdullilah sayang bangun untuk capai impian kita”

“Sekarang sayang dah ada KEDAI berkat DOA dari semua orang”

Selain berjanji untuk memegang amanat menjaga satu-satunya anak mereka, Hidayah juga turut berkongsi kegembiraan impiannya untuk membuka sebuah kedai cempedak yang berada di Sabak Bernam kini tercapai.

Hantaran yang dimuat naik itu mengundang perhatian warganet, rata-rata kagum dengan semangat Hidayah dan turut mendoakannya.

Dalam pada itu, Hidayah turut menyertakan doa berkata bahawa dirinya yakin pada segala ujian dan dugaan yang diberikan Allah SWT kepadanya.

“Aku yakin padaMu, Ya Allah .. Aku yakin pada rancanganMu .. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui semuanya .. AL-FATIHAH suamiku syed Umar Mokhtar”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest