Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Sayu Video Call Dengan Alif Satar, Zizan Bantu Beri Kata-Kata Semangat

Stay strong Alif…

Published

on

Tarikh 2 Disember 2020, bermakna genap 11 hari pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal Alif Satar disahkan positif virus Covid-19.

Malah, ibu bapa, datuk dan kakaknya juga dilaporkan positif pada minggu lalu. Akan tetapi perkara itu tetap tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang melawan virus berkenaan.

Terbaharu, pelawak terkenal Zizan Razak dilihat membuat video call kepada Alif untuk bertanyakan khabar kepadanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Hantaran video yang di muat naik oleh Zizan di laman sosial Instagramnya itu ditulis dengan kapsyen,

“AGAK SAYU PERASAAN,

Sama sama kita doakan semoga @alifsatar cepat sembuh dan negative result nya untuk next swab secepat mungkin. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Amin InshAllah amin” tulis Zizan

Zizan Razak Tak Kisah Dibandingkan Dengan Alif Satar

Melihat di dalam video berkenaan, Zizan meluah rasa sayunya terhadap Alif selepas melihat beliau terlantar di katil hospital.

“Aku tahu kau sihat, aku tahu kau punya tahap imunisasi badan tinggi sebab kau selalu bersukan”

“Kau jangan ikut perasaan yang boleh buat kau susah hati. Kadang-kadang perasaan tu buat kau lagi sakit. Aku nak kau okay je.” 

Dalam pada itu, Alif turut menyuarakan kebimbangan beliau terhadap ibu bapanya yang kini ditahan di wad Hospital Sungai Buloh, manakala pengacara itu di Hospital Melaka.

Alif juga menceritakan sedikit kisah apa yang berlaku dan bagaimana dirinya mendapat virus itu kepada Zizan.

Sebagai seorang sahabat, pasti Zizan terkesan melihat rakannya itu ditimpa kesusahan seperti itu, apa yang boleh dilakukannya adalah dengan memberikan kata-kata semangat kepada Alif.

“Aku nak kau rileks, aku susah nak cakap supaya kau okay, tapi kau kena bantu diri kau. Itu je”

Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya mendoakan kesihatan Alif kembali pulih dan bebas dari virus Covid-19.

Tak kurang juga yang mengatakan beliau seorang yang baik kerana ramai yang sangat prihatin dan sayang dengannya.

Kami di Hot FM turut sama-sama mendoakan Alif dan keluarga sembuh dari Covid-19.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest