Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Sebak! John Legend Terima Hakikat Anak Gugur Dalam Kandungan Akibat Komplikasi

Takziah, semoga terus kuat!

Published

on

Penyanyi John Legend dan isterinya, Chrissy Teigen terpaksa menerima hakikat apabila bayi dalam kandungannya keguguran akibat mengalami komplikasi.

Pasangan suami isteri ini telah kehilangan cahaya mata ketiga mereka selepas beberapa hari Chrissy mengalami pendarahan teruk.

Chrissy telah berkongsikan kesedihannya itu di laman Instagram miliknya pada 30 September yang lalu serta memuatnaik gambar berwarna hitam putih menunjukkan detik kehilangan anak lelakinya yang tidak berjaya diselamatkan itu.

Walaupun dah berusaha macam-macam cara termasuk membuat pemindahan darah, kandungan itu masih lagi tidak dapat diselamatkan.

Seperti ibubapa yang lain, Chrissy dan John hanya akan menamakan anak mereka selepas bayi itu selamat dilahirkan, tetapi kali ini mereka sudah memanggil anak di dalam kandungan itu dengan gelaran ‘Jack’.

Kami sangat terkejut, sakit teramat sangat perasaan ni, kami tak pernah lagi rasa macam ni. Pendarahan tu tak dapat dihentikan walaupun sudah banyak cecair darah dimasukkan.

Ramai peminat turut merasai kesedihan pasangan ini dan berharap agar mereka dapat bersabar menerima dugaan ini.

Pada masa yang sama, ramai turut memuji sikap John dan Chrissy kerana berani untuk berkongsikan berita sedih ini kepada umum.

Chrissy turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest