Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Selepas Bina Masjid, Kini Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Mahu Tubuh Pusat Tahfiz Pula!

Salute!

Published

on

Sanggup menangguhkan hasrat untuk membina sebuah banglo di Bangi demi mengejar saham akhirat, itu lah yang dilakukan oleh pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Tercapai sudah hasrat pasangan romantis ini untuk membina sebuah masjid di kampung halaman Aeril, iaitu di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor dimana pembinaan bakal dimulakan Disember ini.

Mengakui idea membina masjid tercetus apabila terkesan dengan ceramah pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad sehingga mendorong mereka untuk membina masjid yang dianggap sebagai saham akhirat, kini pasangan ini mahu tubuhkan pusat tahfiz pula.

Wawa turut berkongsi, salah satu daripada impiannya dan suami, adalah untuk membuka pusat tahfiz dengan niat untuk membantu mereka yang memerlukan dan pada masa sama, boleh bantu diri di akhirat kelak.

“Kerja kuat dan cari duit bukan sebab nak mewah di dunia semata-mata, tapi sebab nak bantu orang lain. Nak sedekah dan tolong orang. Kita bukan bantu orang itu saja, tapi dalam masa sama bantu diri kita sendiri untuk kehidupan yang abadi di sana.”

Mengulas lanjut Wawa berkata, lokasi untuk penubuhan pusat tahfiz masih dalam perancangan.

Dalam pada itu, Wawa berharap perniagaan mereka mampu membawa mereka ke jalan yang diredhai dan impian mereka untuk bina masjid tercapai.

“Semoga perniagaan kecil-kecilan kita mampu membawa kita ke syurga. Alhamdulillah, impian nak bina masjid Allah permudahkan”

Amin, semoga segala perancangan Wawa dan Aeril dipermudahkan dan bantu mereka yang memerlukan!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest