Connect with us
Selamat Hari Raya

Onz

Selepas Seminggu Melahirkan, Penampilan Scha Alyahya Ini Menjadi Tumpuan

Kuat betul Scha dah boleh berjalan macam biasa walaupun masih dalam pantang.

Published

on

Mengumumkan kelahiran bayi perempuan pada 12 Februari 2021, para peminat menjadi teruja untuk mengetahui perkembangan lebih lanjut mengenai anak kedua pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari itu.

Baru sahaja mendedahkan wajah bayi comel tersebut, bagaimanapun namanya masuk belum dihebahkan dan sekadar digelar ‘Baby L’.

Terbaharu pada 20 Februari 2021, Scha telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Memberitahu dirinya berada di hospital untuk pemeriksaan Baby L, foto itu menunjukkan Scha manis berkemeja kuning cair dipandankan dengan seluar denim.

Melalui caption:-

“First time out of the house for Little L
( and Mommy ….. 😜)”

Melihat penampilan terkini Scha itu, para peminat menghujani ruangan komen perkongsian tersebut.

Cantik betul Scha, badan pun nampak slim je.

Yang penting, beliau masih kuat untuk berjalan walaupun masih dalam tempoh pantang.

 

Baca artikel berkaitan: [EKSKLUSIF]: Kongsi Wajah Baby L, Peminat Sebak Tonton Detik Kelahiran Anak Kedua Awal & Scha

Sumber: Instagaram Scha Alyahya dan Awal Ashaari

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest