Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Selesai Pantang 44 Hari, Fazura Gembira Cincin Tunangnya Muat Dipakai Kembali!

Finally…

Published

on

Aktres jelita pujaan ramai, Fazura kini selesai menjalani pantang selama 44 hari dan boleh menarik nafas lega kerana bukan sahaja boleh makan makanan kegemarannya malah cincin tunang dahulu juga sudah muat untuk dipakai kembali!

Perkara itu dikongsi Fazura di laman sosial Instagram miliknya dengan kapsyen,

“Yay cincin tunang dah muat balik” – tulisnya sambil tag Fattah 

Sementara itu meninjau di ruangan laman sosial Instagram Fattah, beliau turut berkongsi story sedang menemani Fazura makan makanan kegemarannya.

“kesian craving lama sangat” ujar Fattah

Awhh sweet la Fattah ni! Dalam pada itu, Fattah sempat bertanyakan pada Fazura apakah perasaannya selepas habis pantang.

“How do you feel selepas habis pantang?”

Aktres itu secara spontan menjawab pertanyaan suaminya,

“Alhamdulillah, tetapi lepas habis pantang pun kena lah jaga” jawab Fazura.

Fazura sebelum ini selamat melahirkan bayi perempuannya yang diberi nama Nur Fatima Aisya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest