Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“Semoga Kita Semua Dapat Syafaat” Shah Rukh Khan Tahan Sebak Dengar Selawat Lesti Kejora

SRK pun kagum, apa lagi kita kan?

Published

on

Siapa sangka, kemerduan suara gadis ini dapat memikat hati pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan sehingga dia hampir mengalirkan air mata.

Satu video yang dimuat naik oleh akaun Saiful Bahri Design di YouTube memperlihatkan pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai itu sedang sebak sambil mendengar alunan selawat berjudul Muhammad Ibni Abdillah oleh Lesti Kejora.

Suaranya sangat merdu dan saya tak bosan mendengarnya. Lantunan selawat itu sampai ke dalam hati. Semoga kita semua mendapat syafaat dan manfaat daripadanya.

Video itu menunjukkan keterujaan Shah Rukh Khan atas selawat yang disampaikan dan dia turut kelihatan seperti menahan air matanya daripada keluar kerana ada satu ketika di dalam video itu beliau terkesima buat seketika.

Seperti yang kita tahu, Shah Rukh Khan merupakan pengganut agama Islam dan mungkin disebabkan itu dia memahami maksud sebalik selawat yang disampaikan oleh Lesti ini.

Nampaknya bukan video itu sahaja mampu membuatkan hero terkenal itu teruja, tetapi nyanyian Lesti turut mendapat perhatian Shah Rukh Khan menerusi lagu Hati Yang Kau Sakiti versi Korea.

Lebih menarik apabila SRK berharap supaya lagu itu dapat dijadikan sebagai soundtrack filem Bollywood yang lain.

Sepanjang video selama 4 minit itu berlangsung, SRK tidak henti tersenyum dan memuji kelunakan suara penyanyi dari Indonesia itu.

Nampaknya macam boleh buat soundtrack dalam filem India, mesti viral satu dunia! Meremang saya dengar lagu ni, suaranya unik. Siapa cipta lagu ni?

Harap-harap lepas ni SRK dapat la buat react lagu penyanyi Malaysia pula, mungkin boleh react lagu Dato’ Sri Siti Nurhaliza ke?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest