Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

Sempoi Bawa Anak Ke Set Latihan, Kaka Azraff Gigih Rehearsal Untuk AJL 35

Semua yang bergelar ibu, mommy, mama, bonda dan sebagainya, mesti pernah mengalami situasi seperti ini kan?

Published

on

Sudah menjadi lumrah apabila bergelar seorang ibu, pasti anak akan didahulukan daripada semua perkara.

Begitu juga dengan penyanyi terkenal yang sedang giat membuat persiapan untuk Anugerah Juara Lagu ke-35, iaitu Kaka Azraff, namun terpaksa membawa anak tunggalnya, Aslan Adam ke set latihan.

Comelnya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

Menulis di ruangan kapsyen :

“Practice.. terpaksa bawak anak. The struggle is real, but we got to do what we gotta do. Ada anak bukan alasan. Lantak lah orang nak cakap apa. Mommy2 mesti paham, kan? Yang penting, Aslan happy dapat jumpa rapper favourite dia @ikhwanlee94 and @kuning.langsat

PEACE!
Our vocal coach for AJL, @afif.tz and @azrinnoor” tulis Kaka

Memuat naik video itu di laman Instagram, Kaka dilihat menjalani latihan bersama Ikhwan Lee dan Loca B untuk AJL ke-35 yang bakal berlangsung pada 14 Mac 2021.

Gila Gandingkan Kaka Azraff Dengan Rapper Popular Noki & Loca B

Malah Kaka juga turut memberitahu bahawa mereka sepasukan bergelut untuk berlatih kerana masing-masing mempunyai komitmen tersendiri, namun tetap gigih menjalani latihan tersebut.

Dalam pada itu, ramai yang memuji keletah anak sulung Kaka itu yang dilihat sangat lincah menari di set latihan mereka!

Alahai comel betul Aslan ni. Boleh jadi rapper mama dia lah!

Btw, goodluck diucapkan kepada Kaka, Ikhwan dan Loca B yang akan membawa lagu Gila ke pentas AJL ke-35!

 

Sumber : Instagram Kaka Azraff

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest