Selebriti
Senarai BBNU Semakin Famous, Nombor 3 Paling Onz
Semoga berjaya!
Ramainya artis BBNU semakin famous sekarang. Followers pun beribu, tiba-tiba dah keluar lagu tanpa disedari. Power juga mereka ni kan? Nak jadi BBNU juga la!
BBNU? Anda tahu tak BBNU tu stand for what? FYI yang tak tahu, BBNU ialah singkatan untuk Budak-Budak Baru Nak Up. So kebanyakan artis baru dekat Malaysia ni mereka digelar sebagai BBNU sebab masih dalam masa untuk mengukir nama di industri hiburan. Kebanyakan mereka ni tengah nak famous dan rata-rata mereka ni berada dalam dunia nyanyian. So today, Hot FM dah list beberapa BBNU yang semakin famous sekarang ni.
BIBI QAIRINA
Jumpa ku di socmed… Yang tahu je yang tahu, dah kenal baru tahu…
Anda kenal tak siapa Bibi Qairina ni? Kalau tak kenal, please pergi tengok sekarang video lagu dia dekat Youtube yang berjudul Sokmed! Best juga lagu ni tau, senang nak ingat lirik dan rancak! At the same time dia pun ada account Youtube yang mana dia selalu post video nyanyi. Not bad juga suara Bibi ni sebab suara dia kena dengan kebanyakan lagu yang dia cover. Bukan tu je, Bibi pun dah makin berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Kalau korang perasan, Bibi ni ada juga berlakon dalam short drama account Youtube Asyfar Rozaimi. Wowww, dalam menyanyi boleh berlakon juga ya Bibi ni. Tapi apa yang lagi penting ialah Bibi ni baru je berusia 16 tahun kalau tak silap. Muda-muda dah jadi artis ya awak ni. Good luck okay!
IMAN TROYE
Iman ni pun one of BBNU yang mencipta nama menerusi cover dekat Instagram dan Youtube. Tapi for now Iman belum la ada single lagi macam Bibi sebab Iman ni pun baru habis sekolah. FYI, Iman ni pun ada join I Can See Your Voice 2. Baru-baru ni pun Iman ada dijemput ke sebuah stesyen televisyen untuk interview session dengan Bella Khan. Maybe lepas ni Iman pun akan keluar single baru ke? Sama juga macam Bibi, Iman ni pun baru je habis SPM tahun ni.
ZYNAKAL
Siapa tak kenal Zynakal ni memang nak kena rembat! Haha! Zyn ni pun dalam kategori BBNU juga sebab dia masih lagi mencari peluang dalam bidang nyanyian walaupun hakikatnya dia dah banyak buat lagu untuk penyanyi dekat Malaysia. Since isu depression Zynakal mula diperkatakan, dia pun dah perlahankan karier seni untuk bagi fokus pada diri sendiri sebelum muncul semula dalam bidang nyanyian. Dah lama sangat menyepi, sekarang ni Zyn dah mula keluarkan lagu baru dia! Lama diam, tiba-tiba terus keluarkan lagu. Bagus betul Zyn ni sebab walau apa yang jadi pada diri dia, dia tetap kuat untuk bangun dan terus berkarya. Maybe lepas ni Zyn pun akan terkenal macam kawan-kawan dia yang lain which is Sufian Suhaimi dan Haqiem Rusli?
-
Onz3 weeks ago
Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha
-
Selebriti4 weeks ago
Video Jebat Jayden Panggil Siti Nurhaliza ‘Mummy’ Buat Ramai Terhibur
-
Drama4 weeks ago
Sah! 7 Hari Mencintaiku 3 Bakal Ditayangkan, Jom Tonton Trailer Dulu
-
Viral4 weeks ago
Lagi Instafamous Rentas Negeri Kerana Honeymoon, Netizen Mahu Polis Siasat Kebenaran Merentas
-
Onz4 weeks ago
Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza
-
Onz3 weeks ago
Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa
-
Selebriti2 weeks ago
Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…
-
Selebriti2 weeks ago
Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya