Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selebriti

“Sentiasa Jaga Solat” Kamal Adli Dah Sedia Jadi Suami, Peminat Bantu Beri Tips Rumah Tangga

Awal buat preparation, ramai turut kongsikan tips menjadi ketua keluarga terbaik kepada Kamal Adli

Published

on

Berita gembira semakin menghampiri, pasangan kekasih Kamal Adli dah Uqasha Senrose nampaknya kini sudah melangkah satu anak tangga di dalam hubungan apabila kedua-duanya telah selamat bertunang pada 4 April lalu.

Majlis yang diadakan serba ringkas dan tertutup itu telah dihadiri oleh ahli keluarga rapat Kamal dan Uqasha sahaja.

Selepas selamat bertunang, Kamal dilihat semakin bersedia untuk menjadi ketua keluarga dan menggalas semua tanggungjawab yang bakal diterima olehnya tidak lama lagi.

Dengan itu, beliau ada memuat naik satu foto di laman Instagram miliknya memberitahu bahawa beliau ingin menjadi suami yang terbaik dan masih lagi belajar dalam bab urusan rumah tangga.

Posting tersebut turut mendapat perhatian para pengikutnya di laman Instagram dan mereka juga ada kongsikan beberapa tips untuk menjadi suami terbaik.

Wah, nampaknya peminat Kamal dan Uqasha ni memang supportive ya!

Lebih menarik lagi, foto ketika majlis pertunangan yang dimuat naik oleh Uqasha turut bersemut apabila Kamal telah meninggalkan komen yang begitu sweet!

Fuhh, makan hati lah mana-mana jejaka atau gadis yang ada simpan perasaan pada pasangan kekasih ni.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Kamal dan Uqasha semoga segala urusan mereka berdua dipermudahkan!

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest