Connect with us
Selamat Hari Raya

Onz

Sering Dilihat Tidak Memakai Pelitup Muka Ketika Keluar, Intan Najuwa Tampil Jawab Persoalan Netizen

Perkara itu nampaknya mengundang pertanyaan netizen-netizen yang hairan dengan tindakan Intan yang tidak mengenakan pelitup muka ketika berada di kawasan awam.

Published

on

Isu pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan merentas negeri adalah antara 3 perkara yang hangat diperkatakan dan sangat sensitif ketika ini.

Bagi mereka yang sudah mematuhi garis panduan seperti yang disarankan oleh kerajaan, agak wajar bagi mereka untuk berasa marah dan kesal jika seseorang individu itu sewenang-wenangnya melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Terbaharu, pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Intan Najuwa memuat naik beberapa video outfit of the day (OOTD) beliau di laman Instagram, namun tidak mengenakan pelitup muka.

Baca artikel berkaitan : “Powerlah Sirat!” Kongsi Behind The Scene ‘Wrestling’ Dalam Drama, Penonton Puas Hati Lihat Come Back Intan Najuwa

Perkara itu nampaknya mengundang pertanyaan netizen-netizen yang hairan dengan tindakan Intan yang tidak mengenakan pelitup muka ketika berada di kawasan awam.

Tidak berdiam diri, Intan tampil menjawab salah satu komen yang dilemparkan terhadapnya di Instagram.

Menurut Intan, video yang dimuat naik itu semuanya dirakam ketika beliau berada di kawasan perumahan dan tidak sesak dengan ramai orang.

Malah Intan juga mendakwa bahawa beliau juga sentiasa memakai pelitup muka jika berada di luar kawasan dan berharap kenyataannya itu menjawab kepada persoalan individu berkenaan.

Penat juga apabila menjadi public figure ni, kena sentiasa berhati-hati dengan setiap apa yang dipaparkan atau di muat naik di laman sosial.

Nasihat min, sebaiknya buat masa ini, muat naik video yang tidak akan menimbulkan fitnah atau menyentuh sensitiviti masyarakat lebih-lebih lagi jika hal yang berkaitan dengan pematuhan SOP.

Sumber : Instagram Intan Najuwa

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest