Connect with us
Hot FM

Selebriti

Sering Terima Tohmahan Provokasi, PU Riz Beri ‘Peringatan’ Kepada Makcik Bawang Bahana Mulut Lancang

Kerana mulut badan binasa, PU Riz tampil beri nasihat mengenai lontaran kata-kata yang melanggar syarak

Published

on

“Allahuakbar moga Allah lindungi daripada mulut kita bercakap benda yg tidak benar”

Berhati-hati, sesungguhnya “lidah dikatakan lebih tajam daripada mata pedang,” itulah perumpamaan nasihat yang sering digambarkan kerana padah mulut berbisa sememangnya luar biasa.

Mengetahui bahawa ketakwaan seseorang itu terbina apabila ilmu tauhid yang dimiliki mantap dan betul, ibadah terpelihara, diikuti dengan akhlak mulia yang diukur daripada cara kita berinteraksi dengan Allah (SWT) serta sesama manusia.

Oleh itu, salah satu cara menjaga interaksi dengan manusia ialah memelihara mulut atau lisan kerana hakikatnya, lidah mampu menjadi punca seseorang ke neraka jika tidak berhati-hati mengawalnya.

Sungguhpun begitu, gelaran “makcik bawang” seolah-olah sudah sebati dan diberi penghargaan dalam kalangan netizen apabila mereka sering bercerita akan sesuatu isu atau perkara di sosial media bagaikan tangan khusyuk mengupas bawang dan mulut pula tidak berhenti bergosip bermacam-macam ragam cerita.

Mengetahui hal itu, pendakwah bebas PU Harris atau lebih dekat dengan panggilan PU Riz tampil memberi peringatan kepada umum mengenai bahana akibat mulut dan lidah yang menjadikan anggota paling banyak mengheret seseorang itu ke neraka jahanam.

Memuat naik beberapa tangkapan skrin ciapan Twitter di Instagram miliknya, PU Riz memberi perkongsian mengenai kesan pertuturan dan penulisan yang tidak baik kepada ibu-bapa masyarakat mahupun negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Perkongsian nasihat yang dibuat itu sememangnya benar-benar belaka kerana menurut ahli ulama, lapan dosa berpunca daripada mulut adalah menerusi mungkir janji, dusta, mengumpat, menghina, melaknat, memuji diri sendiri, banyak berbicara atau bertengkar dan mendoakan yang buruk sesama makhluk.

Seperti yang sudah sedia maklum, nama PU Riz dan isterinya iaitu pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa bagaikan sukar untuk tidak terpalit dengan tohmohan dan dakwaan kontroversi berikutan beberapa kes yang tular di media sosial.

Walau bagaimanapun, inisiatif yang diambil untuk memperingati sesama masyarakat untuk sentiasa menjaga diri dan lidah itu meraih pujian pengikutnya kerana mengetahui bahawa ‘keseronokan’ bercakap-cakap perihal orang itu dilihat seperti tiada penghujungnya.

Betul tu apa yang dinasihatkan oleh PU Riz, semoga kita semua sentiasa terhindar daripada melakukan dosa yang sedemikian dan masih belum terlambat untuk berhenti menggunakan anggota badan yang diberi pinjaman ini ke jalan yang tidak diredhai.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram PU Riz

 

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest