Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Sharifah Amani Terkejut Dapat Tahu Followers Boleh Dibeli

Patutla..

Published

on

Baru-baru ini tular satu video yang membincangkan topik hangat berkaitan dengan industri seni Malaysia menerusi laman Twitter.

Video berdurasi 24 saat itu memaparkan barisan pelakon hebat termasuk Nadiya Nisaa, Sharifa Amani dan Amerul Affendi sedang asyik berinteraksi dalam satu program temubual dalam talian.

Walaupun ia dipaparkan dalam masa yang singkat, perbincangan tentang punca filem tempatan tidak sehebat antarabangsa itu sehingga kini masih menarik perhatian ramai.

“Audience suka instafamous, kita ambil lah instafamous yang mana-mana followers tinggi walaupun dia tak suit to that character,” ujar Nadiya Nisaa

“Walaupun dia beli followers,” sambut Amerul Affendi

Selepas kenyataan dibuat oleh Amerul Affendi, pelakon yang popular menerusi filem Sepet itu kelihatan terkejut dan bertanya:-

“Boleh ke? Kenapa kita tak buat eh?” soal Sharifah Amani

Menurut Nadiya Nisaa, ia disebabkan kebanyakan anak seni tidak kisah tentang jumlah pengikut di laman sosial berbanding influencer yang ada.

Video tersebut sehingga kini telah mendapat lebih daripada 460,000 jumlah tontonan selain pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata setuju dengan pendapat berkenaan.

Apa-apa pun bak kata Awal Ashaari, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi dan berdiri diatas bakat sendiri.

 

Sumber video: Twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest