Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

‘Siapa Kacau Aku Ludah!’- Zarina Anjoulie Pertahankan Safawi Rasid

Tak apa, nanti boleh belajar lagi kan?

Published

on

Semakin ramai pemain bola sepak Malaysia kini berjaya membawa nama sehingga ke luar negara sehingga ada yang menempa nama bersama dengan kelab di luar negara

Terbaharu, bekas pemain Johor Darul Ta’zim iaitu Safawi Rasid telah berjaya bermain di bawah pasukan luar negara, Portimonense S.C di Portugal.

Namun pada 14 Oktober lalu, ketika dalam satu sidang media yang dilakukan oleh pasukan berkenaan bagi memperkenalkan pemain baharu mereka itu, Safawi telah dikecam oleh netizen di Malaysia.

Disebabkan tidak biasa bercakap menggunakan Bahasa Inggeris, sudah pasti Safawi mempunyai kesukaran untuk bertutur dalam bahasa kedua itu.

Oleh itu, dia telah dikecam kerana kelemahannya itu walaupun perkara berkenaan hanya la masalah kecil sahaja.

Akibat geram dengan kecaman itu, pelakon Zarina Anjoulie terpanggil untuk memberi pandangannya yang tersendiri mengenai isu tersebut.

Baginya, Safawi tidak sepatutnya dikecam kerana dia telah berjaya membawa nama Malaysia sehingga ke luar negara, mengapa masih ada yang mahu mengecamnya?

At least dia cuba cakap English, bukan cakap Melayu dekat sana. Macam mana nak maju kalau sikit-sikit nak sindir, nak bahan, biar la dia belajar. Power juga dia dapat main untuk kelab international daripada korang terperap je dekat rumah tak buat apa-apa.

Malah, ada juga netizen yang turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Zarina itu.


Ada benar juga apa yang dikatakan oleh Zarina itu, ada baiknya kalau kita terus menyokong bukannya mengecam disebabkan perkara kecil begitu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest