Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

“Siapa Yang Lentok & Peluk Dia Tu?” Ramai Gadis Patah Hati Lepas Tengok Gambar Syafiq Kyle

Aduh…

Published

on

Lama dah tak dengar khabar atau berita tentang pelakon pujaan ramai Syafiq Kyle yang popular menerusi drama rantaian Nur gandingannya bersama dengan aktres Amyra Rosli.

Baru-baru ini, isteri kepada pengarah Adlin Aman Ramli yang juga pelakon Emelda Rosmila telah memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya suami isteri serta Syafiq Kyle dan seorang gadis.

“Suweet tak kiter,” tulisnya

Menerusi ruangan komen, ramai yang terkejut dengan penampilan berkenaan selain tertanya-tanya siapakah gadis yang berdiri rapat bersebelahan Syafiq itu.

Ada juga yang melahirkan perasaan kecewa selepas melihat foto tersebut.

Bagaimanapun, sekiranya sesiapa yang mengikuti rapat tentang perkembangan Syafiq, pastinya ramai tahu bahawa gadis berkenaan adalah bakat baharu bernama Siti Khadijah Halim.

Mereka bakal digandingkan dalam sebuah drama terbitan sebuah saluran televisyen tidak lama lagi.

Apa-apa pun, you girls jangan patah hati lagi sebab Capik masih single tau!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest