Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selebriti

“Slimnya Mummy!” Ramai Puji Badan Amyra Rosli Cantik Walau Dah Ada Dua Cahaya Mata

Dah ada anak dua pun Amyra masih maintain slim ya! Apa agaknya rahsia tu ya?

Published

on

Mungkin bagi sesetengah orang untuk menjaga badan bukan lah satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi apabila sudah memiliki cahaya mata.

Tetapi perkataan itu sama sekali tidak wujud dalam diri pelakon Amyra Rosli apabila beliau kini dilihat bertubuh ramping walaupun sudah memiliki dua cahaya mata.

Amyra telah melahirkan cahaya matanya yang kedua pada 1 Februari lalu.

Posting terbaharu pelakon drama Nur itu turut membuatkan ramai peminatnya meninggalkan komen pujian dan mengatakan bahawa Amyra pandai jaga badan.

Jika diikutkan sebelum ini, Amyra pun tidak lah mempunyai badan yang besar tetapi beliau pada asalnya memang bertubuh kecil.

Mungkin disebabkan itu mudah untuk Amyra mendapatkan semula bentuk badan ideal buat dirinya.

Kepada para wanita yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan, jangan putus asa okay!

Teruskan usaha anda semua dan jangan patah semangat.

Sumber foto: Instagram Amyra Rosli

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest