Connect with us
Hot FM

Selebriti

Stress Lihat Anak Selebriti Lebih Pandai, Elfira Loy Mohon Maaf Kepada Para Ibu Minta Jangan Bandingkan Bayi Kecil

Tertekan lihat anak belum bersedia mahu berkomunikasi, Elfira Loy kongsi tip cara didik anak fasih bertutur

Published

on

“Tenang ok…anak saya mild speech delay and anak saya 3 tahun baru pandai cakap, dan sekarang 3 tahun 6 banyak cakap, pandai English juga dan pandai create cerita, bercerita, and ETC.. baby grows at their own path.. so tenang mommies.. banyakkan usaha..”

Sudah terlalu banyak isu tekanan atau stress yang melanda masyarakat dibincangkan dalam pelbagai medium.

Senario ini bukan dianggap isu terpencil, malah menjadi fokus utama di setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur  bagi memastikan persekitaran kehidupan setiap insan dilalui dengan lebih ceria dan sempurna.

Namun, jarang sekali kita mendengar kesihatan minda bayi diperkatakan umum secara meluas berbanding isu berkaitan mental dalam kalangan orang dewasa yang selalunya lebih diberi tumpuan.

Mungkin ramai ibu bapa tidak menyangka atau tidak pernah tahu bayi yang masih kecil dan belum berdepan cabaran hidup juga boleh mengalami masalah kesihatan minda kanak-kanak.

Benar, menjadi harapan besar bagi setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat dan pintar seiring perkembangan teknologi, namun tidak semua perancangan menjadi kenyataan.

Mengetahui bahawa masih ramai di antara ibu bapa hari ini kurang mengambil peduli tentang masalah pertuturan anak-anak.

Hal yang demikian halangan sibuk bekerja, terikat dengan pelbagai komitmen luar, penat melakukan tugasan di rumah, semua ini kerap dijadikan alasan apabila bercerita mengenai perkembangan si kecil yang masih pelat.

Hakikatnya, apabila melihat anak orang lain lebih pintar, diri ini mula lah berasa stress dan kecewa kerana mudah meletakkan harapan tinggi tentang kebolehan anak.

Oleh itu, bagi memperhalusi hal itu selebriti terkenal, Elfira Loy tampil berkongsi tip dan nasihat berkesan yang dilakukan kepada anak sulungnya, Muhammad Rayyan Khalaf.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, Elfira berkongsi video pintar anaknya ketika petah bercakap dan bijak mengenal setiap huruf bagi sebutan perkataan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

Jelasnya, dia sering menerima keluhan dan rintihan daripada golongan ibu-bapa menanyakan bagaimana anaknya kelihatan lebih pintar berbanding anak mereka selain meminta tip berkesan.

“First of all , saya minta maaf kalau video video rayyan buat awak stress & insecure. Jangan jadikan semua info baby lain sebagai benchmark tapi more kepada guidelines “

Ramai yang hanya mula bimbang apabila anak tidak menunjukkan perkembangan normal seperti bayi lain. Namun begitu, ada kalanya ia lambat disedari lantaran kesibukan ibu bapa mencari rezeki.

Menurut sumber sebuah kajian, usia bayi 8 bulan adalah tahap fizikal yang paling comel kerana dengan muka yang montel dan mula menunjukkan pelbagai ragam namun tidak semua masih bersedia untuk mula belajar merangkak dan sebagainya.

“Kita kena focus pada setiap benda baru anak kita buat. Babies are smart…El memang tak ajar pun Rayyan Alphabets & Numbers lagi. Cuma banyak ajak dia play & communicate . Setiap kali tunjuk barang tu sebut nama..”

Jangan letakkan tekanan pada anak-anak di usia yang muda kerana setiap bayi atau kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza.

Pencegahan masalah kesihatan kanak-kanak perlulah bermula dari peringkat awal iaitu seawal usia bayi kerana ia sangat penting untuk ibu bapa berinteraksi bersama bayi dan memastikan persekitaran mereka sentiasa ceria.

“Selalu kiteorang tanya Dr je , setiap kali checkup, dr dah pesan ” Next appointment Rayyan dah kena pandai gabung two words ” okay kita cuba lah cakap two words two words”

Jelas lah, tahap kebolehan anak-anak masih boleh dibentuk jika kena pada cara dan gayanya, jangan hanya tahu merungut tanpa memberi didikan dan tunjuk ajar dalam menanggani masalah bayi kecil yang kurang berinteraksa dan sebagainya.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Elfira Loy

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest