Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Suami Ada Taktik Untuk Minta Izin Keluar, Ummi Nazeera Harap Para Isteri Jangan Mudah Terpedaya

Bagus betul pasangan ni sebab saling memahami dalam hubungan suami isteri mereka

Published

on

Adat dalam rumah tangga, ke mana pun pasangan pergi mesti perlu tahu keberadaannya.

Begitu juga jika ingin keluar sendiri, selalunya akan minta kebenaran pasangan terlebih dahulu.

Pada 9 Mac 2021, pelakon Ummi Nazeera telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Hantaran itu adalah balasan kepada perkongsian suaminya, Dr. Izzar pada hari sebelumnya.

Melalui caption:-

“Dia nak main basketball malam ni… Jadi dia bagi hint macam ni semalam..
Puji satu paragraph jaa. 😂 Nevertheless, thank you my love .

Btw, jumaat lepas dia main bola sepak. Balik rumah tengok ada luka dekat dahi & siku. Besar jugak lah luka dekat siku tu. Perlahan perlahan dia tunjuk sambil senyum.

Kita tanya sakit tak. Dia jawab “tak.. biasa lah. lelaki”.
Tapi bila terlanggar. Keluar jugak bunyi sakit “sssss” 😂 Haaa .

Dia buat buat tak sakit & tak letih keesokan hari sebab tak nak kita tegur bersukan rupanya . 🤣”

Ummi memberitahu bahawa dia mengerti taktik suaminya setiap kali beliau ingin meminta izin keluar bersukan.

Namun Ummi memahami minat suaminya itu dan tidak melarangnya untuk berbuat demikian.

Beliau juga sedar kadangkala suaminya pulang dengan luka akibat bersukan, namun Dr. Izzar tidak menunjukkan ia sebagai satu perkara besar.

Dalam pada itu, Ummi mengingatkan para wanita untuk tidak terpedaya dengan kata-kata suami.

Ini kerana para suami mungkin mengatakan bahawa mereka tidak penat, namun sebagai isteri yang memahami, lihatlah keadaan suami sebaiknya.

Jika suami penat, biarkan mereka berehat.

“Jadi isteri isteri, jangan terpedaya kalau suami nampak macam tak letih keesokan hari.. Seeloknya kita bagi lah dia rehat lama sikit.”

Sementara itu, perkongsian Ummi mendapat perhatian para pengikutnya di ruangan komen.

Apapun, Ummi dan Dr. Izzar ni nampak sweet je, bertimbang rasa dalam hubungan.

Semoga mereka menjadi contoh untuk pasangan suami isteri yang lain juga.

 

Baca artikel berkaitan: ‘Pergi’ Setelah Terlalu Penat Berkhidmat, Ummi Nazeera Wakili Rakyat Malaysia Mohon Maaf

Sumber: Instagram Ummi Nazeera

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest