Connect with us
Hot FM

Hiburan

Sudah Hampir 4 Tahun Berkahwin, Hafiz Mahamad Percaya Zuriat Akan Hadir Apabila Tiba Masanya

Kehidupan Hafiz dan Aina dilihat bahagia dengan rezeki perniagaan yang baik dimiliki mereka

Published

on

Sudah hampir tahun keempat usia perkahwinan pasangan usahawan terkenal Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina sejak mereka mendirikan rumah tangga pada November 2017.

Mereka berdua masih menjadi perhatian dengan beberapa kejutan yang dibuat dalam perkahwinan mereka sehingga Hafiz digelar sebagai seorang suami yang sweet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Baca artikel berkaitan: Banyak Habiskan Masa Di Balai Polis, Hafiz Mahamad Mengaku Salah Langgar SOP

Hafiz pada 9 Jun 2021 telah memuat naik satu hantaran di Instagramnya.

“Hari hari borak dengan mummy. “Ainaa, nak dkt 9 tahun dah kita bercinta kan? Sekarang ada seketui yg comel & hebat dh depan mata. Hari hari dok panjat atas belakang kacau mummy & daddy”

Beliau bersyukur dengan kehidupannya yang dikurniakan seorang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan wanita yang dicintainya selama hampir 9 tahun.

Hafiz menggambarkan rasa gembira jika beliau memiliki zuriat lagi.

“Seronoknya kalau dikurniakan rezeki adik untuk Raisya. Teringat dulu dapat tahu mummy pregnant, seronok kemain. Saya selalu percaya, Allah akan kurniakan pada waktu yg tepat”

Namun, beliau menyerahkah urusan itu kepada Allah dan percaya ia akan datang pada waktu yang tepat.

Sementara itu, keperibadian Hafiz yang suka menggembirakan isterinya boleh dijadikan sebagai contoh untuk para suami yang lain berbuat perkara sama.

“Tenang sikit tadi, round dengan anak & mummy dkt area depan rumah ni amik angin

Mummy, kita teruskan bercinta ya. Biarlah daddy kadang nampak jiwang, asalkan awak tak pernah bosan 💕”

Insya-Allah pasangan ini akan beroleh zuriat apabila sudah tiba waktunya nanti.

 

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest