Connect with us
Hot FM

Selebriti

Sudah Setahun Tidak Dapat Bertemu Anak, Fitri Haris Harap Dunia Pulih Daripada COVID-19

Cepat la pergi COVID-19, semoga semua orang dapat bersua kembali dengan insan yang tersayang

Published

on

Pandemik COVID-19 telah banyak menjejaskan hidup ramai orang.

Disebabkan arahan sekatan rentas negeri yang dikuatkuasakan, ahli keluarga ada yang sudah tidak bersua dengan ahli keluarga yang lain melebihi setahun.

Pada 18 Mac 2021, penyanyi nasyid Fitri Haris telah memuat naik satu foto di Instagram miliknya.

Berdasarkan caption, Fitri memberitahu bahawa sudah genap setahun beliau tidak bersua dengan anak perempuannya.

🥲Genap setahun kita tak berjumpa secara fizial anakandaku SOFEA SOLEHAH .. hampir setiap hari di hubungkan melalui Video Call ..

☝🏻Rasanya sama sekali tidak sama .. yang sama hanyalah rindu dan kasih abi pada sofea dan doa agar sofea menjadi anak yang solehah …”

Beliau berkata, kerinduan terhadap anaknya itu tidak hilang hanya dengan berhubung melalui panggilan video.

Oleh itu beliau berharap agar dunia cepat pulih daripada COVID-19.

“🤲🏻Moga cepat beransur pulih dunia dan isinya dengan ujian covid ini agar kita boleh bersua dan bersuka cita lagi .. amin ..

❤️I love u my lovely daughter.. SOFEA SOLEHAH soon to be a big sister .. doakan aunty @el_mrsfitri ya .. Inshaa Allah .. amin 🤲🏻🤲🏻”

Dalam pada itu, isteri kepada Fitri kini sedang hamil dan beliau akan mendapat anak kedua tidak lama lagi.

Semoga dipermudahkan segalanya buat Fitri dan keluarga.

 

Sumber: Instagram Fiti Haris

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest